Antara Motor, DSLR atau Handphone

Ya Allah…. Aku sekarang ni sedang dilema dan keliru ni korang. Aku tak tau nak pilih yang mana satu antara motor, DSLR atau handphone. Pada awalnya aku keliru nak pilih antara DSLR dengan Handphone. Tapi sekarang ni muncul pula motor. hhhmmmm…. Macam mana ni ya ? Fikir jap….

Sebenarnya, yang boleh munculnya motor ni, ceritanya begini…. (kepul-kepul awan pun muncul). 2 hari lepas, aku ada beritahu kat mak dan ayah aku, jika aku tak dapat kerja yang menjamin masa depan aku hingga bulan November, aku target nak sambung belajar. Buat sementara ni, aku sedang kerja di satu tempat untuk isi masa lapang aku dan sambil tu bolehlah aku dapat duit dan pengalaman. Gaji kat sini, Alhamdulillah, cukup untuk aku . Tapi, aku nak lah juga kerja dalam bidang aku belajar tu kan. Itu pun jika rezeki untuk pekerjaan aku dalam bidang itu. kan ? Sekarang ini aku rasa, aku dah melalut dah ni. Apa topik aku ya ? ish..ish…. ok.. Berbalik kepada cerita aku, disebabkan aku nak sambung belajar, ayah aku suruh beli motor. katanya nanti senang nak ulang alik. Jimat kos. Aku diam tidak terkata sebabnya tengah memikir target aku untuk mencapai DSLR atau handphone. Agak-agak akan tercapai tak target aku itu ???
Macammana ni ya ? Apa yang patut aku buat ? Kalau diikutkan dengan jumlah duit simpanan aku sekarang,  duit itu memang cukup untuk bayar duit muka motor dan juga cukup untuk beli handphone baru. hhhmmm…. kalau untuk DSLR, memang tak cukup lah kan. Antara ketiga-tiga benda ini semua, semuanya ada kegunaan dan kepentingan untuk aku. hhhhmmmm….
Disebabkan itu, aku kena fikir pula dari aspek lain pula iaitu keperluan atau kehendak. Kan ? Antara motor, DSLR dan handphone, mana satu keperluan dan kehendak untuk aku ? Kesemua ini 50/50 bagi aku. Alahaiii…macam mana ni ? Korang rasa aku patut beli apa dulu ? Baik aku masuk peraduan ni untuk menang duit yang jumlahnya sampai RM100,000… SINI, dan SINI..

8 thoughts on “Antara Motor, DSLR atau Handphone

  1. handphone dengan dslr tu boleh kira sekali je. heeee skg kan phone dah smart2 and canggih manggih. tapi kalau motor tu erkk Hanna pun tak tau nk suggest la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge