HOT FM AM Krew VS MHI

Tiap-tiap pagi mesti aku dengar Hotfm AM krew. Bukannya nak dengar suara Fafau, Faizal dan AG tu tapi saja menunggu Bonaza Selebriti. hahahaha…. Jangan marah ok geng AM Krew. Kalau dengar AM Krew, mesti aku akan gelak je sorang-sorang. Boleh lah juga hilang bosan aku ini. Tapi yang best nya sebab ada peluang memenangi duit tu lah, tapi tak ada rezeki lagi. Tak dapat aku jadi pemanggil yang hangat….

Berbalik kepada tajuk aku ini iaitu AM Krew VS MHI, memang mengejutkan. Kalau korang ada dengar AM krew pagi tadi korang tahu lah. Tapi bagi yang tak tahu, aku nak beritahu kat korang ini. Semasa berkumandangnya AM Krew pagi tadi, datang pula seorang jejaka dari MHI yang singgah melawat konti Hot FM. Dan sambil itu, jejaka itu pun menyertai sekali perbualan hot chat pagi tadi iaitu menyorok. Korang nak tahu siapa jejaka MHI itu ? Tengok lah sendiri….
Disebabkan kehadiran Ally di konti Hot FM pagi tadi, maka berlakulah satu cabaran yang tak disangka. Aku  pada awalnya ingat itu hanya untuk selorh pagi je, rupa-rupanya betul cabaran itu. Makkk aiii… agak nya macam mana lah situasinya bila cabaran ini terjadi. Cabarannya ialah Geng AM Krew Akan bertukar tempat dengan MHI. Maksudnya Geng AM Krew akan jadi pengacara MHI dan MHI pula akan sebaliknya. Kalau Geng AM Krew ke MHI aku tak kisah sebab semua mereka boleh mengacara, tapi bagaimana pula dengan geng MHI nak jadi dj ? (krikkk..krikkk…krikk….)
VS
Kalau korang nak tengok situasi ini, jom kita ramai-ramai LIKE status kat Facebook Hot FM yang telah pun melepasi target cabaran. Tapi status kat Facebook TV3 belum lagi mencapai target iaitu 5,555. Jadi, marilah ramai-ramai kita LIKE kat status Facebook TV3.. hehehehehe….

LIKE tau jangan tak LIKE……

1 thought on “HOT FM AM Krew VS MHI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge