Alinah Ahmad Datuk Bandar Wanita Pertama Di Malaysia

Datin Paduka Alinah Ahmad dilantik menjadi Datuk Bandar Petaling Jaya sekaligus menjadikan beliau Datuk Bandar Wanita Pertama Di Malaysia. Jawatan itu akan berkuatkuasa 1 Januari tahun depan. Perlantikan itu diumum oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
datin, paduka, alinah, ahmad, datuk, bandar, wanita, pertama, malaysia
Sebelum ini Datin Paduka Alinah Ahmad memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Beliau juga sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ketu ADO Kuala Langat, Ketua Penolong Setiausaha Kewangan SUK dan Ketua Penolong Setiausaha ICU, Jabatan Perdana Menteri.

You may also like