Aku Tak suka Perempuan Bertudung…..

Assalamualaikum…
Apa kena dengan aku kali ini ye?? Aku tak suka perempuan bertudung?? ” ish….budak ni, orang cari perempuan bertudung tapi dia tak suka pula”. Mesti ini akan terkeluar di dalam hati korang kan?
Iya, memang betul aku tak suka perempuan yang bertudung. nak tau kenapa aku tak suka??? Sekarang ni memang ramai gadis-gadis diluar sana memakai tudung yang pelbagai cara dan fesyen. Antara fesyen tudung yang terkenal ialah, tudung ala-ala artis, tudung wardina, tudung waheeda, tudung najwa latif dan pelbagai lagi jenis tudung tidak termasuk juga tudung saji.
Entahlah..apa yang mereka rasa bila memakai tudung tu kan? sebab itu gaya artis? atau sebab cantik bila memakai tudung (ahh…perasan jer lebih ni) atau sebab lain-lain. Memang baguis kalau seorang wanita itu bertudung. Kalau bakal mertua tengok, mesti terus masuk meminang.
Pakai tudung untuk nampak cantik atau syariat??? Walaupun untuk tampak cantik pun,biar lah kita mengikut landasan dan syariat yang betul. Cuba korang tengok gadis-gadis sekarang pakai tudung macam mana??
pakai, tudung, atau, selendang, tapi, pakai, skirt

pakai, tudung, tapi, telanjang, bogel

tegahan, dari, hadis, mengenai, sanggul

hah..cuba tengok..ini baru seberapa jer….dengan sanggul yang tinggi macam

pakai, tudung, seperti, bonggol, unta

lepas tu ada juga yang macam ni….

fesyen, tudung, bawal, cantik, dan, seksi

pakai, tudung, tapi, gaya, macam, shrek

Hahhh..itu ler sebabnya aku tak suka perempuan yang bertudung macam kat atas tu..Aku suka kat perempuan yang menutup auratnya….

Kalau nak tau cara pemakaian tudung yang betul ialah :

  1. Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan sepenuhnya
  2. Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak rambut didalamnya
  3. Memakai anak tudung yang bersesuaian
  4. Menutup leher dan dilabuhkan tudung sehingga menutup dada
  5. Tidak menampakkan sanggul (atau bonggol) di kepala
wanita, muslimah, pakai, tudung, labuh

pakai, tudung, selendang, menutupi, bahagian, dada
kartun, komik, sindir, perempuan, bertudung
  Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.
Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge