Drama Aku Isterinya Slot Akasia TV3

Sejak akhir-akhir ini banyak betul drama yang ditayangkan di televisyen diadaptasi dari novel. Terbaru, drama yang menghiasi Slot Akasia TV3 sekarang ialah Aku Isterinya merupakan sebuah lagi drama dari adaptasi novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana.

izzue, izlam, dan, anzalna, nasir, pelakon, aku, isterinya

Drama 28  episod Aku Isterinya ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan diterbitkan oleh Global Station ditayangkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Anzalna Nasir, Izzue Islam, Syazwan Zulkifli, Elizad Sharifuddin, dan ramai lagi.

barisan, pelakon, drama, aku, isterinya, tv3

Sinopsis Drama Aku Isterinya

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Novel, Aku, Bukan, Mistress,
Untuk pengetahuan semua, status Mya dalam novel Aku Bukan Mistress tak sama dengan drama Aku Isterinya dimana pihak didalam novel mereka belum lagi berkahwin tetapi didalam drama mereka sudah pun berkahwin. Ini kerana pihak penerbitan menghormati budaya kita rakyat Malaysia beragama Islam. Lain-lain babak insyaAllah adalah sama dari dalam novel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge