Tips Aktiviti di Bulan Puasa

Aikkk…aikk..bulan puasa ni tak kan tidur jer kot??? Jangan malas sangat. Buatlah sesuatu aktiviti yang menyihatkan. Bulan Ramadhan bukanlah alas an atau penghalang dalam melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Kalau korang nak tau, terutamanya yang perempuan ni….bulan puasa ni lah waktu terbaik untuk korang menurunkan berat badan korang tu dengan lebih pantas dan berkesan.
Antara aktiviti yang sesuai untuk korang lakukan pada bulan puasa ni ialah :
–        Berjalan pantas atau berbasikal pada waktu pagi dan petang. (ni senang jer kan?? Tak kan lah korang nak duduk depan tv jer??? Tak pun pergi jer menjelajah kat bazaar Ramadhan tu….)
–        Membasuh kereta. (ini kena hati-hati sikit, jangan dok rajin basuh kereta tiap-tiap hari plak..parah nanti nak bayar bil air..ker sebab korang nakbasuh kereta sambil minum??)
–        Membersihkan halaman rumah. (kalau yang ini memang tiap-tiap hari patut buat…kalau tak buat tak rupa halaman rumah lah gamaknya…)
–        Berkebun. (yang ni tak semestinya korang kena tanam sayur..tapi korang pergi kat halaman rumah tu, cabut rumput tue…jimat duit sikit dari nak panggil orang datang potong.Tak sampai 5 minit buat kerja,tapi bayar macam kerja 1 hari..)
–        Mengemas rumah. (kemas rumah tiap-tiap hari kena buat..kalau tak, macam apa pun tak tau…nanti nak cari barang pun tak jumpa…)
Aktiviti kat atas tu antara aktiviti yang kita selalu buat pun tiap-tiap hari, tak kira lah bulan puasa atau tak…Aku tak percaya lah kalau korang tak buat aktiviti ni… Mesti aka nada satu atau dua aktiviti yang korang buat… Kalau aktiviti ni korang kata tak mencabar, cubalah buat aktiviti yang mencabar korang tue…main bola sepak ke, badminton ke, jangan berenang sudah….huhuhuhu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge