Adab Di Bulan Puasa

Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, aku pun nak lah juga membawa diri aku kearah yang lebih baik. Taaapiiiii…sebelum tu, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1433 Hijrah kepada anda yang menyambutnya. Semoga kita bersedia menjalani ibadat puasa, dapat mendidik jiwa dan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah, Ramadhan dapat mengajar nafsu kita untuk lebih bersabar, bertenang dan mensyukuri kesempatan serta peluang yang ada. Sebelem aku berhujah lebih panjang, baik aku teruskan dengan topic asal aku iaitu adab puasa. Korang jangan ingat dalam puasa ni tidak ada adab yer…Perkara yang aku tulis kat bawah ni nanti adalah perkara yang diamalkan Rasulullah ketika baginda berpuasa. Maka tidak salah kalau kita mencontohi cara baginda Rasulullah.
  1. Memantap dan menjitukan niat.
Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
Nak aku terangkan tak??? Tak pe lah..aku terang sikit jer..terang banyak-banyak nanti aku melalut kot lain. Maksudnya, kita kena niat puasa sebelum fajar,yakni sebelum subuh. Kalau nak lagi baik, sebelum tidur tu niat dulu. Tak pun niat jer puasasebulan terus…Niat puasa sebulan tak tau?? Tak pe..diam…diam..meh sini aku bisik…korang rujuk balik entry aku yang ni…
  1. Makan sahur.
Bersahur akan menguatkan semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang melakukan apa juga bentuk ibadat sepang ibadat puasa dilaksanakan. Bersahur juga ada berkatnya. Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah bersabda : “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.” (Riwayat Muslim). Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat, yang dimaksudkan denga berkat itu adalah ganjaran pahala daripada Allah.
  1. Imsak.
Dalam Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah, Rasulullah bersabda : “Apabila mendengar azan Subuh padahal bekas minuman masih ditangannya,maka janganlah diletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya.”
Yang ini aku tak dapat nak terangkan, nanti aku terangkan nanti takut salah pula. Korang faham sendiri lah yer…Kalau rajin nanti aku cuba tanya ustaz mana-mana..ok???
  1. Segera berbuka apabila sampai waktu.
Sahl bin Saad berkata bahawa Rasulullah bersabda ; Allah berfirman : “ Hamba-hamba Ku yang lebih Aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa apabila tiba masanya.” (Riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah)
Faham tak yang ini??? Untuk makluman korang, waktu berbuka puasa ialah waktu Maghrib. Dengar jer azan Maghrib, dah boleh berbuka..Kalau yang tak ada radio ke Tv ke, pergi berbuka puasa kat masjid. Makan free wei….hehehehe…..Yang tak ada radio tu kena yakin lah dah masuk waktu Maghrib tak pun google atau sms kawan korang.  Peringatan ye, Maghrib dalam pukul 7 keatas bagi semenanjung dan pukul 6 keatas bagi Sabah dan Sarawak.
  1. Banyak membaca Al- Quran.
Yang ini memang digalakkan yer….seperti pesan Rasulullah : “ Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al- Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat.” (Riwayat Muslim)
  1. Banyakkan bersedekah.
Bersedekah bukan hanya memberi wang ringgit, tetapi termasuklah memberikan makanan, pakaian dan sebagainya yang perlu kepada orang miskin atau golongan yang memerlukan. Kalau korang nak tahu, sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. Nak sedekah yang senang, korang senyum bila jumpa orang. Tak payah modal apa-apa pun.
  1. Meninggalkan akhlak yang buruk.
Jauhi kelakuan yang tidak sopan dan yang boleh menyebabkan puasanya tidak diterima oleh Allah. Jangan dok mengayam ketupat sangat, nanti pahala tak dapat.ok….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge