7 Pahala Selepas Mati

7, Pahala, Selepas, Mati

Dari Anas r.a berkata bahawa ada 7 macam pahala yang
dapat diterima sesudah mati. 

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum darinya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang
membacanya.

4. Orang yang menggali orang yang dapat memberikan penghidupan/pertolongan
kepada kita, selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia
atau burung.

6 Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh yang
mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua
orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu quran
maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

“Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga
macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya.”

Marilah kita beramal.. Untuk apa?? Sebagai bekalan kita
sebelum bertemu Allah SWT.. Ingat dunia ini umpama ladang.. Ladang untuk kita
menanam sebanyak mungkin pokok sebelum tibanya masa menuai.. Tanamlah pokok-pokok yang berkualiti dan bajailah dengan butir-butir iman agar kita selamat didunia dan
akhirat

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge