6 Kelebihan ASBF dan Apakan Principal

6 Kelebihan ASBF dan Apakan Principal
Berikut adalah 6 kelebihan ASBF yang ditulis oleh saudara Hafiz Kadir.
1. Almost zero risk investment.
Kenapa zero risk ? Kerana asbf mempunyai liquidity yang tinggi dan mudah dicairkan. Jika kita ada permasalah untuk meneruskan komitmen asbf, kita boleh cancel/terminate asbf tersebut anytime. Dan ia hanya memakan masa kebiasaannya 2-6 minggu.
2. Profit Rate (interest) yang rendah.
Sekarang ni asbf menawarkan profit bank rate (interest) dengan kadar yang amat rendah iaitu 4.8%. Mana lagi nak cari interest yang serendah ni. PL 3.9% lagi rendah ?
Anda silap. Kerana kiraan PL 3.9% adalah dikira menggunakan kiraan flat rate.
Ia tidak sama dengan kiraan asbf yg menggunakn effective rate.
3. Lebih Untung dari simpanan biasa di ASB
Jangan fikirkan keuntungan bank. Tapi fikirkan lah apa yang anda akan dapat apabila anda leveragekn duit anda. Menggunakan opm dalam platform asb adalah langkah yang paling bijak.
Sebagai contoh. Simpanan biasa di asb selama setahun memberi total pulangan hasil RM13,090. Tetapi asbf memberi pulangan 17,500. Banyak bos beza tu.
4. Dividen yang melebihi kadar Profit Bank. Kiraan interest pulak dikira guna kiraan effective rate.
Kebiasaannya kadar dividen lebih tinggi dari kadar profit bank rate (interest). Kalau interest lebih tinggi atau rasa rugi , boleh terminate anytime.
Malah kiraan interest dikira menggunakan kiraan effective rate. Bermaksud interest berdasarkan baki pembiayaan. Bukan seperti flat rate yang berdasarkan nilai pembiayaan.
5. Melatih diri dengan komitmen yang lebih berat.
Asbf melatih anda untuk membina good habit. Dalam tempoh ini characteristic ke arah seorang yang alert dengan tarikh bayaran loan akan dapat disemai dalam jiwa anda. Jika anda nak apply loan lain di masa hadapan, bank akan mudah untuk luluskan pembiayaan anda. (Namun tertakluk kpd dsr semasa).
6. Simpanan paksa
Cuba jika anda x buat asbf. Mampu ke anda simpan setiap bulan dengan angka yang sama. 80% sy yakin kebanyakan dari kita mesti akan culas untuk menyimpan setiap bulan secara consistant. Malah duit yg kita simpan setiap bulan oun, silap2 kita mungkin akan gi korek punya. Haha.

Apakah Principal ?

Principal dalam asbf yang selalu disebut bermaksud sebahagian (portion) amount yang telah kita bayar kepada bank.
Bermaksud bayaran yang anda bayra setiap bulan kepada bank itu, anda akan dapat balik SEBAHAGIAN dari total yang anda telah bayar.
FORMULA,
Monthly Installment = Interest + Principal
Untuk kiraan kasar berapakah nilai principal, boleh guna
Financial Calculator.
Untuk kiraan lebih tepat, sila refer Online Banking. Dan Nilai
Sijil – Total Outstanding = Principal.
Hafiz Kadir
#HKGConsultancy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge