6 Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah

Berikut adalah 6 ciri-ciri isteri derhaka menurut Rasulullah.

drama, derhaka, seorang, isteri, madu

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka
ialah wanita.

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.
Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum
merasa berpuas hati dan merasa cukup.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah
mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian,
adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab
: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami
dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

(Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut:
“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau
merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala
amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana
sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata:
Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu
disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju
kami.”

(Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah,
serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke
rumahnya dengan tidak izin suaminya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat
oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada
jin dan manusia sehingga dia kembali.”

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang
dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.”

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya
sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat
malaikat sehingga ke pagi.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge