5 Doktor Pakar Malaysia KE Gaza
Dr Mohamad Nor Sundari, Timbalan Presiden I-Medik yang akan mengetuai Pasukan Misi Perubatan Aman Palestin ke Gaza telah memberi kenyataan akhbar bersama Pegawai Eksekutif Aman Palestin Bhd sebentar tadi.
Seramai 8 orang wartawan daripada beberapa agensi berita telah mengambil bahagian dalam sesi ini.
Menurut Ust Awang Sufian Awang Piut, CEO Aman Palestin bahawa AP telah berjaya mengumpul sejumlah RM 5 juta untuk Tabung Kecemasan Gaza dan sebanyak RM 1.6 juta telah dihantar ke Gaza untuk bantuan permulaan.
Dr Mohamad Nor akan mengetuai misi yang bakal disertai oleh 5 orang doktor pakar yang terdiri daripada 2 orang pakar bedah ortopedik, 2 orang pakar bius dan seorang pakar bedah trauma.
1- Dr Mohamad Nor Sundari – Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Pusat Perubatan Kuantan (KMC) sebagi Ketua Misi
2- Dr Zairul Nizam Zainol Fitri – Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Hospital Pakar Senawang, Seremban.
3- Dr Mafeitzal Bin Mamat – Pakar Perunding Bius (Anaesthesiologist) dari Fakulti Perubatan UiTM
4- Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar – Pakar Bedah Bius dari Hospital Columbia, Setapak
5- Dr Kamarul al-Haq B. Abdul Ghani – Pakar Bedah Trauma dari Hospital Serdang.
Mereka dijangka akan bertolak ke Gaza melalui Mesir pada hari Jumaat ini, 18hb Julai 2014.
Sumber dari : I-Medik