4 Lelaki Yang Masuk Neraka

ciri, lelaki, yang, masuk, neraka

Pertama:- ‘Ayahnya’ – Apabila seseorang yang bergelar
ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau
dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- ‘Suaminya’ –  Apabila seorang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan
mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak
tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
  
Ketiga:- ‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-‘ Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
 Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki
yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka
yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
  
” Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli
kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan
batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang
anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu
sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan
penuh ikhlas..

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge