22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

filem, tanda, tanda, kiamat

22 tanda hari kiamat
semakin hampir. Jom lihat sama-sama.

1. Sembahyang
diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu
syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar,
risalah atau filem.
3. Penjenayah
menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi
fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar
menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan
haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi
satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup
senang.
6. Membayar zakat
(harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup
mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana
maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar
musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki
berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada
perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10.Perempuan
menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11.Anak-anak
mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi
tuan).
12.Kawan baik
dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan
dan
musuh dianggap
sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13.Dosa dipandang
ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara
lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14.Masjid dihias
indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang
masjid yang berharga.
15.Ramai yang
sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan
mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16.Akan datang
golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai
terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka
berpesta.
17.Al-Quran dicetak
dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan
kehendaknya.
18.Amalan riba
berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19.Darah manusia
tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20.Penganut Islam
tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta
menyebarkannya.
21.Akan bertambah
banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang
baik).
22.Ramai orang kaya
pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang ssderhana untuk berniaga dan
yang miskin untuk meminta sedekah..

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge