20 Sifat Yang Wajib Kita Tahu
Apakah 20 sifat yang wajib ini ? Masihkah korang ingat 20 sifat yang wajib ini ? 20 sifat yang wajib juga satu sifat yang harus kita ketahui dang ingat. Adapun sifat-sifat 20 yang mesti ada pada Allah Ta’ala :
1. WUJUD.
ertinya ada wajib tuhan ada. Mustahil kan kalau tuhan tidak ada. Bukti Tuhan itu ada dengan wujudnya alam ini.
2. QIDAM
ertinya Tuhan bersifat qidam iaitu tiada permulaan adaNya.
3. BAQA
ertinya Tuhan bersifat baqa iaitu kekal selama-lamanya.
4. MUKHALAFATUHU TA’ALA LIL HAWADIS
Tuhan bersifat berlainan dengan setiap makhluk dan mustahil Dia serupa dengan makhlukNya.
5. QIYAMUHU BINAFSIH
Bererti bahawa Tuhan berdiri sendiri tidak memerlukan pertolongan orang lain, mustahil Dia memerlukan pertolongan orang lain.
6. WAHDANIAH
bererti Esa. Allah Maha Esa. Mustahil Dia berbilang. Kalau Dia berbilang, pasti timbul perselisihan faham.
7. QUDRAT
Bereti Tuhan bersifat kuasa. Mustahil Dia lemah kerana jika Dia lemah, tentu makhluknya tidak akan terjadi.
8. IRADAH
Ini bererti menetapkan sesuatu menurut kehendakNya.
9. ILMU
Ertinya Tuhan berpengetahuan. Tuhan tahu keseluruhannya, tahu yang telah dijadikanNya dan tahu apa yang dijadikanNya.
10. HAYAT
Ertinya Tuhan hidup. Mustahil Dia mati.
11. SAMA’
Tuhan itu bersifat mendengar. Mustahil Dia tuli.
12. BASHAR
Ertinya Tuhan melihat. Dia tidak buta.
13. KALAM
Tuhan bersifat berkata-kata. Mustahil Dia bisu.
14. KAUNUHU QADIRAN
Tuhan itu bersifat tetap selalu dalam keadaan berkuasa dan mustahil Dia bersifat lemah.
15. KAUNUHU MURIDAN
Ertinya Tuhan bersifat dalam keadaan mengkehendaki.
16. KAUNUHU ‘AALIMAN
Ertinya tuhan tetap selalu dalam keadaan mengetahui.
17. KAUNUHU HAYYAN.
Tuhan selalu ada dalam keadaan hidup dan mustahil Dia mati.
18. KAUNUHU SAMI’AN
Ertinya Tuhan selalu dalam keadaan mendengar.
19. KAUNUHU BASHIRAN
Tuhan tetap selalu dalm keadaan melihat.
20. KAUNUHU MUTAKALLIMAN
Tuhan tetap selalu dalam keadaan berkata-kata.
Demikian 20 sifat yang wajib kita ketahui sebagai seorang Islam.
ok 🙂
Dulu biasa nak ingat sifat 20 ni, ada rentak yang memudahkan proses hafalan… 🙂
@Eizil dulu siap da lagu lg kan…senang igt….
kalau hafal gune lagu mmg cepat je hapal kan =)