10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki

10, sikap, wanita, idaman, lelaki

Kehadiran seorang wanita yang bernama Hawa sangat mendamaikan dan
menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Wanita merupakan anugerah Allah
yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Sehinggalah ke
dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah.Tahu tak  apakah sikap wanita yang paling digemari oleh
semua lelaki? Adakah anda sebagai seorang wanita memiliki sebahagian daripada
sifat ini.

1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap
keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan
mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan
senang.

2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita
menjadi daya tarikan di mata lelaki. Lelaki terasa terhibur dengan keletah
anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan
hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan.Misalnya kemanjaan wanita yang
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki
lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Pengharg­aan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan
agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki
berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia
bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan
yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan
menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu
menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar,
malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya
sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan
buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat,
simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih
bulu.Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.Ada
kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan
mempesona.

10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian
yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa
kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata,
“La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama
kita). 

p/s: aku pun tengah mencari wanita…hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge