Iez Isaac

  • Home
  • PERINGATAN
  • Home
  • PERINGATAN

11 FUNGSI EMAS KEPADA MANUSIA

4 May 20204 May 2020UmumNo Comments

Fungsi-fungsi ini bergantung kepada apa niat kita membeli emas dan apa matlamat akhir yang ingin kita capai. Jika kita melihat emas daripada fungsi yang pelbagai ini, maka kita akan menjadi pembeli emas yang tenang. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan apabila harga naik, stabil atau turun.

1. Emas sebagai simpanan. Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya. Jika menyimpan dalam bentuk wang, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merudum, naluri kita untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan. Jadi, menyimpan dalam bentuk emas boleh mengelakkan simpanan kita dari bocor.

2. Emas sebagai aset. Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai. Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali.

3. Emas sebagai harta. Emas memang sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama. Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan meningkat. Bila harga emas turun, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah. Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu.

4. Emas sebagai insuran. Emas adalah senjata di kala kesusahan. Sebab itu ia boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan anak-anak, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya. Dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran. Maka, emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit kerana ia adalah wang sebenar seluruh dunia.

5. Emas sebagai alat pelaburan. Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat baik. Sejarah membuktikan -sebagai contoh – dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2016, harga emas mengalami kenaikan sebanyak 400% dan ia adalah kenaikan yang berulang-ulang. Para pelabur sukakan situasi begini.

6. Emas sebagai alat pengikat nilai. Di waktu kejatuhan nilai RM berbanding USD, emas boleh dijadikan mekanisma pengikat nilai (hedging mechanism). Sebelum nilai turun dengan lebih teruk, ikat nilai itu dengan menukar wang menjadi emas. Jadi gram emas kita akan kekal.

7. Emas sebagai pengekal kuasa beli. Kuasa beli emas sangat besar. Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan. Tak percaya? Cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.

8. Emas sebagai modal pusingan. Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan. Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar. Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas. Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.

9. Emas sebagai pengubah tabiat buruk. Ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup. Apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan. Ramai orang tanpa sedar, mula mengumpul sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan mula menggantikan tabiat boros.

10. Emas sebagai sumber zakat. Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%. Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat

11. Emas sebagai sumber pelbagai kebaikan. Bila emas bertambah, harta akan bertambah. Maka lebih banyak pintu kebaikan boleh diterokai. Selain zakat, sedekah juga boleh dilipatkaligandakan. Pelbagai jariah juga boleh diterokai dengan lebih aktif.

Emas Adalah Aset Simpanan Mudah Dimiliki

5 July 201823 July 2018UmumNo Comments

emas public gold
Gold bar Public Gold

Setiap orang ada impian untuk berjaya dan memiliki aset di usia muda termasuk aku. Aku mula sedar kepentingan untuk memiliki aset pada usia 25 tahun. Antara impian aku adalah untuk memiliki rumah sebelum usia 30 tahun tapi impian itu tak tercapai kerana aku perlu komitmen yang tinggi untuk dapat itu. Kemudian aku mula beralih kepada emas. Ramai pakar kewangan mengatakan emas adalah aset simpanan mudah dimiliki. Aku pu ingin mencuba memiliki emas.

Tahun 2016 adalah tahun ‘keramat’ aku mula membeli dan menjadikan emas sebagai simpanan setelah dua bulan aku ‘survey’. Takut juga nak untung secupak tapi rugi segantang nanti. Mulanya rasa khuatir kerana sebelum itu emas merupakan topik perbincangan yang sangat hangat di TV, Radio, Majalah, Surat Khabar dan lain-lain media iaitu penipuan dalam pelaburan emas. Nak tahu berapa aku mula simpan emas?

Emas pertama aku beli ialah pada 18 Jun 2016 dengan harga RM183/gram. Aku beli 1 gram sahaja untuk permulaan dan jika ada penipuan aku cuma rugi RM183 sahaja. Pada bulan September atau Oktober baru aku mula beli tambah lagi 1gram. Dan pada waktu itu aku mula percaya kepada syarikat simpanan emas ini. Aku mula pergi seminar yang dianjurkan dan korang tahu siapa penceramah? Penulis buku Zero Hutang wei yang bagi ceramah pasal emas ni. Lagi bertambah yakin dan percaya aku kepada syarikat ni.

Aku sangat baru dalam simpanan emas jadi aku bermula setapak demi setapak dengan menjadi seorang penyimpan emas yang bijak.  Biar lah aku merangkak tetapi sampai destinasi adalah lebih baik dari berlari tetapi putus ditengah jalan. Dalam hati hanya ada satu niat iaitu nak jadikan emas sebagai simpanan untuk kegunaan di hari mendatang. Kemudian aku belajar dan belajar dari Sifu-sifu dan Mentor-mentor yang sangat mahir dengan ilmu emas ni. Itulah titik permulaan, perubahan dan keyakinan tentang simpanan emas ni.  Semakin banyak yang aku pelajari, rupa-rupanya banyak lagi rahsia emas  yang aku tak tahu.

Bermula tahun 2017 nak tahu apa aku buat? Apa aku buat ialah aku mula simpan, simpan dan simpan, samalah macam orang simpan duit dalam bank.  Cuma aku tukarkan duit aku itu kepada  emas. Ok tak? Bila dah ada Ilmu baru aku tahu, nak dapat keuntungan dalam simpanan emas ialah menyimpan secara  konsisten setiap bulan. Alhamdulillah, dengan menjadikan emas sebagai simpanan, aku mula mendalami ilmu kewangan. Aku asingkan pendapatan bulanan aku kepada simpanan emas, ASB dan Tabung Haji. Kenapa aku simpan dalam di ASB dan Tabung Haji selain emas? Sebabnya di sini aku susah nak ambil duit. Aku ni malas beratur dan tunggu lama. So, selamat lah duit-duit aku tu. Lagi satu dalam hati aku malu, nanti tengah tunggu giliran orang tanya, “ Nak simpan duit ke?” lepas tu dia tambah lagi ayat, “ Bagus nya muda-muda lagi dah simpan duit.” Hah.. tertunduk aku nanti. Hehehe

Kenapa aku pilih emas?

  1. Emas kalis Inflasi
  2. Emas dapat elakkan kebocoran duit
  3. Emas tak jadikan kita miskin tapi kekalkan kekayaan kita
  4. Emas mudah dicairkan.
  5. Emas boleh digunakan di semua tempat

emas harta masa depan
Kumpul emas sebagai harta masa depan

** Kepada korang yang ingin berjaya dan mendapat keuntungan dalam simpanan emas.  Tiga langkah perlu korang lakukan segera kalau nak ikut iaitu :

  1. Banyakkan baca buku tentang Pelaburan Emas
  2. Belajar dari Mentor-mentor yang terbukti berjaya
  3. Ambil tindakan dan mulakan sekarang !

Sehingga hari ini pun saya masih lagi belajar mengenai emas ini. Pesanan aku kepada korang yang berminat dengan simpanan emas dan nak mulakan ‘Simpan Emas’.  Jangan tunggu lama-lama. Nasihat aku “MULAKAN SEKARANG“.

Public Gold terima sijil patuh syariah
Public Gold terima sijil patuh syariah

Emas yang aku simpan ini adalah emas fizikal 999 dengan membuka akaun GAP Public Gold. Kenapa Public Gold ?

Sebabnya ada 10 kelebihan utama emas Public Gold sebagaimana saya terangkan dalam artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”. Tapi secara ringkasnya;

  1. Harganya lebih rendah dalam RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas
  2. Susut nilainya antara terendah di pasaran – cepat untung
  3. Stok tiada had – nak beli berapa banyak pun boleh
  4. Banyak cawangan di seluruh Malaysia – senang urusan jual beli
  5. Jaminan beli balik walaupun calar, kemek atau bengkok – lebih peace of mind
  6. Diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia – senang pajak untuk dapatkan pinjaman
  7. Sistem booking harga 24 jam sehari – senang dapatkan harga terbaik
  8. Keupayaan beli balik dalam jumlah yang besar
  9. Emas yang disertakan sijil pengesahan tulen oleh badan bebas
  10. Tiada yuran keahlian.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal simpanan emas ni, korang boleh Klik link ini untuk terus WhatsApp jika anda serious untuk mulakan simpanan emas http://emasgap.wasap.my/  atau 0134040045. InsyaAllah, aku sedia membantu. Dan yang paling penting, korang boleh mula simpan emass dengan serendah RM100 (0.5gram) atau dengan 1gram ikut harga pasaran semasa.

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL

1 April 2018InfoNo Comments

Mesti ada di antara kita yang dah ada akaun pelaburan EMAS (GIA) kan? Tapi berbaloi ke beli dan simpan emas dalam akaun? 

Apa pula beza dengan simpan EMAS fizikal? Meh sini saya kongsikan kelebihan simpan EMAS fizikal. Yang kita pegang sendiri tau;

Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes
Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
Duit simpanan lebih bertahan lama
Urusan dan waktu jual beli fleksibel
Selamat daripada dibekukan oleh bank
Selamat daripada bencana kewangan
Simpanan EMAS patuh SHARIAH
bar emas public golc

Fakta Mengenai Emas

1 April 20181 April 2018InfoNo Comments

Semua tahu EMAS merupakan logam yang bernilai dan telah lama digunakan sebagai mata Wang sejak Zaman dahulu lagi. EMAS sentiasa dilihat sebagai item yang mahal walaupun harganya cuma berpuluh ringgit masa Zaman Atok Nenek kita dahulu.Dan percaya tak, EMAS 1gram dahulu masih sama nilainya dengan 1gram sekarang. Cuma beza dari semi harga. Kenapa? Sebab Wang kertas yang susut nilainya.

bar emas public golc

FAKTA EMAS 1

 Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79.

 Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium.

Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air.

 Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia.

 Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

-sumber dari Wikipedia-

FAKTA EMAS 2

 Emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas.

 Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan.

 Emas juga larut dalam raksa (merkuri) dan membentuk sebatian amalgam.

 Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda

emas

FAKTA EMAS 3

Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain.

Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara.

Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Kegunaan lain:

 Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

 Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

 Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).

 Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)

Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

-sumber dari Wikipedia-

Apakah GAP Public Gold

1 April 2018Info, TipsNo Comments

APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

gap public gold
GAP dari Public Gold

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyya.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

emas gap public gold

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai “tutup akaun”. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

 

Posts navigation

1 2 … 175

Categories

  • Bicara Agama
  • Hiburan
  • Info
  • Santai
  • Tips
  • Umum

Recent Posts

  • 11 FUNGSI EMAS KEPADA MANUSIA
  • Emas Adalah Aset Simpanan Mudah Dimiliki
  • KELEBIHAN EMAS FIZIKAL
  • Fakta Mengenai Emas
  • Apakah GAP Public Gold

Archives

Recent Comments

  • mama darwisy on Perempuan Lindungan Kaabah
  • mama darwisy on Azizulhasni Dibenar Teruskan Perlumbaan
  • ejulz on Tutorial Fesyen Tudung Mudah Bergaya Terkini
  • cik amal on Surat Anak Untuk Allah
  • cik amal on Tutorial Fesyen Tudung Mudah Bergaya Terkini
Proudly powered by WordPress | Theme: Doo by ThemeVS.