Waslie Duby Bangkit Setelah Jatuh

Setelah sekian lama berdiam diri, kini Wasli Duby mengorak langkah maju kehadapan. Biarpun kisah lama masih terpahat di ingatan, dia tidak berputus asa dalam mengharungi liku kehidupan. Rezeki Waslie kini semakin bertambah walaupun dan berkembang. Kini Waslie lebih sibuk dalam sesi fotografi majalah dan juga iklan.

waslie, duby. artis, dari, sarawak

Antara perkembangan Waslie ialah menjadi wajah Nestle Malaysia, photoshoot untuk Hotel & Tourism Singapore, bakal muncul dalam telemovie “Mimpi Syurga” bergandingan brsama Amelia dan juga bakal terbang ke Thailand untuk photoshoot majalah fesyen disana. Selain itu, Waslie juga mula aktif dalam bidang pengacaraan dan dijemput untuk menjadi pengacara dalam majlis-majlis tertentu termasuk di Sarawak dan Brunei. Meskipun sibuk, Waslie tetap tidak lupa untuk memberi perhatian kepada syarikat jururunding miliknya sendiri iaitu Retis Entertainment.

waslie, duby, lincah, beraksi

Apa-apa pun, kita doakan agar Waslie Duby akan berjaya mencapai impian yang hendak dikecapi. Ingatlah kita bahawa, tidak semestinya kita jatuh kita tidak boleh bangkit untuk mencapai sesuatu.

waslie, duby, in, singapore

2 thoughts on “Waslie Duby Bangkit Setelah Jatuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge