Tukar baju dalam komuter

Tukar baju dalam komuter ? Gila ke apa? Ada sanggup nak buat macam tu ? Kalau terpaksa macamne? Cuba tengok dia ni tukar baju selamba jer depan orang.

Gila lah weiiii…. Berani betul kan ? Depan orang ramai pula tu….Berani ke buat macam ni ?
Baiklah….Sebenarnya aku pun pernah buat macam nie. Iya… Betul nie… Serius… Tapi tak ada lah sampai nak ambil gambar macam ni, gila ke apa.hahahaha… Aku pernah tukar pakaian dalam komuter. masa tu aku dari Rawang nak ke Tanjung Malim. Pernah naik tak komuter tu ? Selalunya komuter dari Rawang ke Tanjung Malim tak ada orang. Kalau ada pun tak adalah sampai ramai macam gambar kat atas tu. Teringat kembali apa yang aku buat tu, Ya Allah…malu gila lah… Tapi masa aku tukar baju dalam komuter tu, memang tak ada orang pun dalam gerabak aku. Fikir banyak kali juga lah nak tukar baju. Cuba bayangkan kalau ada orang tengok aku tukar baju…haiiiiiii….. Malu ooooo……
Sebenarnyakan, aku tukar baju dalam komuter tu sebab dah tak sempat nak tukar dalam tandas. Komuter dari Rawang ke Tanjung Malim dah lah satu jam sekali. Kalau terlepas, memang terpaksa tunggu satu jam kat stesen komuter tu. Tapi perkara tu dah jadi sejarah dan aku harap tak berulang lagi….huhuhuhuhu….

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge