Tujuh Kali Rombak Skrip Filem Surf This Love

filem, aksi, luncur, pertama, malaysia, surf, this, love
Wan Mohd Hafiz yang sebelum ini sudah mengarahkan tiga filem iaitu Tok Mudim, Mat Tudung dan Puaka Balai Gombak berkata, skrip asal STL telah dirombak termasuklah plot dan jalan cerita yang dirasakan sesuai dengan karakter setiap pelakon filem itu.
 “Tidak mudah sebenarnya untuk kami menyiapkan naskhah ini. Praproduksi juga memakan masa berbulan-bulan.
 “Itu belum termasuk rombakan skrip yang kami dapat. Tujuh kali kami rombak skrip asal STL ini. Penulis asal cerita ini Khairul Kiasan juga bersetuju dengan idea dan perubahan yang kami buat untuk filem ini,” katanya yang pertama kali mengarah filem mengenai sukan luncur air.
Surf, This, love, Filem, Malaysia, Pertama, Shukri, Yahaya
Tambahnya, filem berkenaan memerlukan visual yang agak berat, namun dengan jalan cerita yang bersahaja, STL diharap dapat diterima apabila ditayangkan.
 “Kekuatan cerita ini adalah penggabungan kisah-kisah pendek yang disatukan menjadi sebuah cerita besar. Walaupun ia adalah romantik komedi, tetapi komedinya bersahaja,”  katanya yang ditemui di lokasi penggambaran sekitar Pulau Tioman.
 Olahan yang dibuat untuk menjadikan filem itu lebih mudah difahami dan kena dengan setiap pelakon.
pelakon, filem, surf, this, love
STL membariskan hero dan heroin yang sedang meningkat namanya iaitu Shukri Yahaya dan Christina Suzanne, dibantu Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.
Menjalani penggambaran di sekitar Pulau Tioman dan Bali, STL bukan filem cinta klise yang selalu dipertontonkan.
 “Kami janjikan kelainan kerana paparan plot, sinematografi dan kekuatan filem ini adalah pada jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami.
 “Ia dihasilkan daripada hati dan saya mahu ia dipandang sebagai satu karya yang berharga bukan saja untuk saya, malah untuk industri filem juga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge