TIPS UNTUK PENJAGAAN PENAMPILAN LELAKI

tip, untuk, hot, guy.
Bagi setiap lelaki semestinya mahukan dirinya lebih kacak dan tampan.
Namun dalam proses untuk menjadi kacak, mungkin si lelaki lupa akan hal-hal
penting yang mesti dijadikan penekanan olehnya. Oleh itu, tips ini dihasilkan khas untuk
golongan lelaki supaya sentiasa menjaga penampilannya!
1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal
Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah
kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung
bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma
dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan
sarung bantal anda dengan lebih kerap.
2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari
Sebaik-baiknya anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya
3 kali seminggu sahaja dan pilih syampu yang bersesuaian untuk rambut anda.
Selepas bersyampu, pastikan anda gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan
rambut.
3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi
setiap 6 bulan
Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi
dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat
mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan
yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga
disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas
seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang
meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya serta minuman beralkohol.
4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali
Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar
kelihatan kacak dan bergaya. Anda tidak perlu bersusah-payah menghabiskan
duit,sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga
perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering
anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah
tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum
keluar rumah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge