Tips Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

Tips Simpan  Emas 1 Gram 1 Bulan

Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan. Dan inilah juga yang saya buat setiap bulan. Saya mula menyimpan emas pada Oktober 2016 sehingga sekarang. Saya mula diperkenalkan kepada simpanan emas ini oleh sifu terbaik saya iaitu Encik Azali Abu Bakar. Beliau lah yang banyak membantu dan mengajar saya mengenai simpanan emas ini. Disini saya kongsi tips simpan emas 1gram 1 bulan

Bagaimana hendak menyimpan emas setiap bulan ?

#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving(simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

#2 – Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.

#3 – Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

#4 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. (Sahabat pembaca boleh kaji sendiri kalau nak sahkan pengalaman saya ini)

#5 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Guru emas saya En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.

 

rujukan : MohdZulkifli.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge