• Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Hiburan
  • Info
  • Tips
  • Santai
  • Bicara Agama

Iez Isaac

Iez Isaac laman blog semi personal yang berkongsi tentang berita isu semasa, motivasi, keusahawanan, dan kesihatan

Masih Ingat Aku lagi

4 July 2012 by iezisaac Leave a Comment

Masuk hari ni, dah hampir berapa bulan aku kat kampung halaman aku ni. Dan hampir sebulan aku bekerja kat sini. Pengalaman kerja? Hhhmmm…tak payah dok cakap laa…mula-mula kerja memang best. Bukan best sebab apa, sebab exsited bergelar pekerja dan semestinya nak lah tunjuk kebolehan bekerja kat bos tu. Itu nantilah aku cerita kat entry lain, sebab ni punya entry tajuk lain.Haishh..korang nie…hahahaha..korang juga yang kena.
Berbalik kepada tajuk aku yang kat atas tu, sebenarnya, aku tak sangka lah aku masih dikenali oleh segelintir kawan-kawan sekolah rendah dahulu. Kalau ikut tahun, dalam berbelas tahun.Kalau diikutkan hari pula,memang berhari-hari jawabnya. MasyaAllah..datang seorang kawan ni, dia dulu bukan satu kelas dengan aku datang kat tempat kerja aku. Aku tengok muka dia macam nak kenal tapi tak tau nama apa. Tetiba, dia bersuara, “ Eh..wan,hang ka?laa…lama tak jumpa.” Aku pula buat-buat ler kenal dia sambil dok fikir nama dia dan balas balik teguran dia “Weii..laa…aku ler ni…Lama noh tak jumpa. Dok wat pa la nie?”  Sembang punya sembang, aku tak dapat tangkap lagi nama sebenar dia sampailah dia nak balik. Aduhhh!!! Pening aku memikirkan namanya…Balik rumah,buka balik memori kat kepala ni, dan aku pun “search” tahun 1998-2000.Sekarang ni,dapat tau nama panggilan dia jer..jadi lah kan dari ta tau langsung. Itu baru sorang, tak termasuk lagi dengan beberapa orang yang lain. Ada yang gemuk jadi kurus, yang kurus jadi gemuk dan macam-macam lagi lah.
Memang tak sangka aku. Dah lama aku merantau ke negeri orang tetapi Alhamdulillah lah sebab masih lagi dikenali dan mengenali kawan-kawan di bangku sekolah rendah. Kawan-kawan sekolah menengah an IPT memang terpahat lagi setakat ni. Boleh cam lagi muka dan nama diaorang.Muda lagi katakan…muda ke??? Hahahaha…

Filed Under: Umum Tagged With: personal

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Categories

  • Bicara Agama
  • Hiburan
  • Info
  • Santai
  • Tips
  • Umum

Recent Posts

  • Emas Adalah Aset Simpanan Mudah Dimiliki
  • KELEBIHAN EMAS FIZIKAL
  • Fakta Mengenai Emas
  • Apakah GAP Public Gold
  • Bagaimana Hendak Mula Simpan Emas

Archives

Recent Comments

  • mama darwisy on Perempuan Lindungan Kaabah
  • mama darwisy on Azizulhasni Dibenar Teruskan Perlumbaan
  • ejulz on Tutorial Fesyen Tudung Mudah Bergaya Terkini
  • cik amal on Surat Anak Untuk Allah
  • cik amal on Tutorial Fesyen Tudung Mudah Bergaya Terkini

Copyright © 2019 · Iez Isaac on Genesis Framework · WordPress · Log in