Tangisan GAZA

Dunia sekali lagi di gegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak
bertamadun rejim Israel. Operasi
yang dinamakan “Pillar of Defence” ini telah membunuh orang awam
yang tidak berdosa. Sebenarnya kezaliman
dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka semenjak berpuluh-puluh tahun
dulu telah menyaksikan isu-isu kemanusian sering ditimbulkan dan mereka tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita atau orang
biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak.

Mengapa bangsa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam
tanpa ada rasa peri kemanusiaan? Ini kerana mereka terlalu taksub dengan
bangsanya yang dianggap sebagai pilihan Tuhan, bangsa
yang disayangi tuhan, halal membunuh orang yang bukan sebangsa
Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada negara kuasa besar dan beberapa negara
Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan mereka. Perasaan kesal
dengan beberapa negara yang lantang menyuarakan dan mempertahankan hak-hak
asasi manusia, demokrasi dan sebagainya, tetapi tidak berlaku adil dan berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak
asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh
pihak barat tetapi mereka tidak mengiktiraf  kedudukan rakyat Palestin di negara mereka
sendiri.

Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin
mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam
al-Quran. Menurut pandangan seorang ulama  apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah
merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi. Profesor Dr.
Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa
ini melalui bukunya ‘Israel fi al-Qur’an wa as-Sunnah’, bahawa Israel
sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak,
masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai
bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar
ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, Semenanjung Sinai
dan termasuklah Madinatul Munawwarah. 
Mungkin sekali imbas amat sukar untuk kita mengalahkan Israel
dan sekutunya, kerana mereka kerajaan yang kebal, berada diatas undang-undang
antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati kerana ia dinaungi oleh kuasa
barat. Mereka juga memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang
hebat, namun sebagai orang yang beriman, kita mesti percaya bahawa dengan kuasa
Allah SWT mengatasi segalanya. Berdasarkan pedoman sejarah Islam,
tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat  puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada
tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam
seramai 1,400 orang tentera mengepung selama 10 hari. Tentera Islam diketuai
Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.

p/s : petikan berdasarkan Khutbah Jumaat.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge