Nak terjah blog

iznawzi,blog

Ok..memandangkan minggu depan aku cuti satu minggu, so aku nak terjah blog member-member blogger yang lain.Nak terjah selalu tak ada kesempatan,asyik sibuk degan kerja.Kalo sudi untuk aku terjah,letak lah link korang kat ruang komen yer…

Continue Reading

Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

Perhatian kepada semua lelaki diluar sana.. Tak kisah lah bujang atau dah berkahwin, kali ni aku nak kongsi apa yang kita sebagai lelakiperlu tahu tentang wanita. Dan aku rasa, wanita pasti akan senyum lebar kalau mereka juga membaca tentang ini. 

apa, yang, perlu, lelaki, tahu, tentang, wanita.
Apa yang perlu kita tahu tentang wanita ialah :- 
1. Sensitif : Ini bukan bermaksud wanita ni suka merajuk,
tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Tak bermaksud wanita FUSSY tak
tentu hala, kadang-kadang mereka ni nak lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik,
mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan
seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu
diragui. Untuk yang ni, betul ke perempuan ni betul ikhlas?? Tolong jawab jap..hehehee
5. Korban : Wanita sanggup berkorban apa
saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan
suami. wanita amat tabah. Sebab tu banyak kes melibatkan wanita…
6. Perihatin : Sentiasa memerhatikan
keadaan sekeliling dalam diam. Cuba tengok ibu kita tu.. Tak senang dia nak tidur apabila dengar kita menangis.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga
sesama kaum.
8. Ego : wanita yang terlalu sayangkan
kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang
dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah
yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya
buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang
banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. lelaki pula dijadikan dengan 9 akal
dan satu nafsu.
Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan
menghanyutkannya!.
“Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai
pelindung dan bukan sebagai pemusnah. wanita diciptakan oleh ALLAH s.w.t. dari
tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka
lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN wanita”
Continue Reading

Pesakit Mental Mati Tergantung

gantung, diri, untuk, mati
Seorang
pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai
tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain. Tidak
lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor
yang merawat mereka.
Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik untuk awak. Satu berita baik dan satu lagi
berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali, tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir
sembuh daripada penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba
membunuh diri tadi. Berita buruk pula, pesakit yang awak selamatkan itu
didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan dia. Malang
sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya
dia kering dengan cepat…
Doktor: #@**_!!*&^_#
Continue Reading

Sebab Lelaki Tak Kahwin

sebab, lelaki, tak, kahwin
Kahwin memang bagus. Boleh elak berlakunya zina dan banyak lagi kebaikan kahwin ni. Lelaki sebenarnya bila time orang tanya bab kahwin, dia jadi pendiam sikit. Dalam hati tu tak pasti samada nak terus terang ke tak. Siapa yang tak nak kahwin oooiii… Semua orang nak kahwin, kahwin tu kan sunnah…Cuma kahwin cepat atau lambat jer… Antara sebab lelaki tak kahwin lagi ialah :- 
1.Duit belum cukup lagi.
Perempuan mana tahu susahnya lelaki nak kumpul duit. Nak bayar
mas kawin la, hantaran la. Dah tu mas kawin dan hantaran tu letak tinggi
mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer..hehehe. Kita makan maggie jer nak kumpul duit
tu bukannya perempuan tau. Harga Maggie pun dah naik tau sekarang ni!
2. Nak beli kereta dulu baru nak kahwin.
Takda kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata jer…tu pun macam nak tak nak pandang jer Perempuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas. Jatuh standard lah kalau naik bas
tu…
 3. Susah la nak cari yang berkenan dihati.
Memang susah pun. Perempuan sekarang ini ?Bila time kita ada duit abangku
sayang, time takda duit sayang pun habis!
  
4.Tak datang seru lagi kot.
Awek pun tak ada lagi? camana nak kahwin kan ? Tak sampai masa lagi…Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
5.Banyak sangat halangan.
Banyak sangatlah procedure sekarang ni. Nak kena masuk
kursus lah. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak
kawin kat Siam dia tak nak!hehehehe…..
6.Belum bersedia la.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat
berat. Sekarang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun
belum terlaksana.
7. Ilmu tak cukup la.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?mimpi
basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal perempuan
belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara pula.. Orang salahkan kita gak!
8.Banyak tanggungan
Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga
lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena
tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung
dosa isteri.Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa
orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9.Dah mencubalah tapi telah dikecewakan.
Perempuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak lelaki kaya jer tak kira ler laki orang ke duda orang ke terus tinggalkan
kita.
10.Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar.
Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang
tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi
tak habis-habis nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat. Sikit-sikit merajuk. Contohnya kalau anak kucing dia hilang. makkk aiii… dia majuk. Macam la kita
yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jalan, makan-makan?Habis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. Dah bagitau dah, kita suka nie kita tak
suka itu, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka. Tapi dia selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam
mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14. Nak carik yang solehah lah.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang
punya kot. Tak nak lah sampai gitu…
15. Masalah la.
Perempuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
16. Nak sambung belajarlah awek tu ader master atau
phd malu la.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh kat awek tu.
Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.(kalau mak bapak dia macam tu lah)
17. Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat
saya
Perempuan suka bermain-main dengan hati lelaki yang suka kat dia. Rasa macam nak lempang jer tapi sweet…hehehe
p/s : Lelaki, betul ke tak ????
ppssss: habislah aku nanti kena serang dengan perempuan…..laaaarriiiii……..
Continue Reading

5 Perkara Mengapa Lelaki Harus Berkeluarga

kahwin, baik, untuk, elak, zina

Setiap kali musim cuti sekolah pasti ada saja jemputan ke majlis perkahwinan.Menurut islam perkahwinan ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang merangkumi tanggungjawab bersama
di dalam perkahwinan tersebut.
Secara jujurnya aku sebagai lelaki memang ingin berkahwin cepat tetapi terdapat
beberapa faktor yang menghalang untuk berkahwin seperti takut hilang kebebasan,
masalah ekonomi, tanggungjawab terhadap keluarga dan banyak lagi. Di sini
terdapat beberapa pandangan peribadi aku mengapa lelaki harus wajib
untuk berkahwin:
1.  Pernikahan akan membuatkan panjang umur.
Menurut kajian yang dilakukan oleh University of California berpendapat bahawa
lelaki bujang  
adalah lima kali ganda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit berbanding
lelaki yang sudah 
berkahwin. 

2.  Perkahwinan membuatkan kita lebih murah rezeki     
Firman
Allah Taala bermaksud : 
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
layak 
(berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang
perempuan. 
Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah
Maha luas 
(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)
3.  Perkahwinan membuatkan kita menjadi lebih baik.
Kita dapat mempelajari erti sebenar pengorbanan dan kasih sayang yang sejati
selain daripada 
melatih diri untuk menjadi lebih penyabar dalam melayani karenah seorang isteri
yang bergelar 
wanita. Kesimpulannya, perkahwinan akan membuat anda menjadi lebih baik.
4.  Lelaki akan jadi lebih menarik selepas berkahwin
Cuba kita lihat zaman sekarang, ramai wanita bujang tertarik
dengan lelaki yang sudah b
erkahwin dengan timbulnya isu rampas suami orang dan sebagainya. Ini
membuktikan lelaki 
yang sudah berkahwin lebih menarik berbanding lelaki bujang.
5.  Lelaki berkahwin lebih bahagia dari lelaki bujang
Perkahwinan akan membuatkan seorang lelaki mendapatkan  kestabilan dan
sokongan   yang 
membolehkan dirinya untuk berjaya dalam semua aspek kehidupan. Ini akan
membuatkan 
seorang lelaki itu mendapatkan kebahagian dan kegembiraan serta lebih
menghargai kehidupan
 yang ada.
memang, untung, kalau, kahwin.

Continue Reading