Pengacara Majlis Perasmian Pelan Tindakan Pemerkasan Ibu Tunggal Zon Utara

ibu tunggal zon utara

Sempena Majlis Perasmian Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Utara yang diadakan pada 11 Februari 2016, aku telah diberi mandat untuk menjadi pengacara untuk majlis perasmian tersebut. majlis tersevut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah binti Dato’ Sri Panglima Haji Mohd Dun.

pelan tindakan pemerkasaan ibu tunggal
Berbagai rasa timbul apabila diberi amanah ini. Bermula dari penulisan skrip dan intonasi suara, aku diberi tunjuk ajar oleh Abang Essan Yahya yang bertugas di BERNAMA. terima kasih abang Essan walaupun sibuk dengan kerja hakiki tapi masih sempat memberi tunjuk ajar kepada aku.

izwan, emcee, pengacara

Terima kasih kepada pihak pentadbiran kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menjadi pengacara untuk majlis perasmian ini.

Alhamdulillah..majlis berjalan lancar. Sempat lah juga selfie dengan Datuk Hajah Azizah. 
izwan, blogger, emcee, pengacara
Continue Reading

Perlukah Kita Boikot?

senarai, barang, yang, boikot, oleh, malaysia

“Boikot ? Perlu ke ?”
“Kalau kita boikot, kita juga yang susah. Cuba bayangkan orang yang bekerja dengan syarikat produk itu, apa akan jadi kepada mereka?”

Mungkin ini persoalan yang timbul apabila adanya boikot. Ok..Sebab apa kita tak boleh boikot ? Sebab kita ni tak cukup kuat ? Ekonomi kita bergantung pada hasil produk itu ? Hhhhmmm…tak kan lah kita tak boleh nak buat apa-apa ?

Cuba kita imbau kembalik kisah pada zaman Nabi Ibrahim A.S yang mana ketika nabi Ibrahim A.S dibakar oleh Raja Namrud dengan api yang besar. Kemudian datang seekor burung yang kecil menitiskan air dengan paruhnya yang kecil itu keatas api tadi. Burung kecil itu tetap berulang-alik mengambil air dengan paruhnya dan menitiskan air keatas api tadi walaupun perbuatannya itu ditertawakan oleh burung yang jauh lebih besar dari dia.

Burung besar tanya kepada burung kecil, “apa gunanya air yang kecil itu?”. Lalu burung kecil itu menjawab untuk memadam api yang sedang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim.

“ Api yang besar itu boleh ke dipadam dengan setitis air ?”,ejek burung besar.
Kemudian burung kecil menjawab, “Aku yakin Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku ini api berjaya dipadam, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku lakukan untuk emadamkan api itu..”

Setelah mendengar jawapan burung kecil itu, burung besar itu terdiam…

Berdasarkan cerita ini, aku nak beritahu jika kita menjadi seperti burung kecil itu, dalam usaha kita untuk memboikot produk Israel pasti lama-lama akan terkesan walaupun kita diibarat menyiram setitis air untuk memadam api yang besar.

Kesan daripada boikot ini, kita boleh naikkan produk tempatan kita.Kita boleh membantu negara kita sendiri menghasilkan produk yang setanding dengan produk Israel.

kempen, boikot, barang, israel, di, malaysia
Continue Reading

CPUV Air Asia Go – Korea Sale

Air, Asia, go, sale, promotion
CPUV, Nuffnang, untuk, blogger

Alhamdulillah…. Hari ini aku dapat lagi CPUV Nuffnang dari Air Asia Go– Korea Sale!!.. Terima kasih kepada Air Asia Go kerana sudi memilih blog aku yang biasa-biasa ni untuk letak promosi iklan. Bila tengok iklan Air Asia ni teringat kat Wak Doyok.. Kan dulu dia ada jadi pengacara rancangan Ke Korea ke Kita kat TV9 dekat dihati….

ke, korea, ke, kita, raya, tv9, malaysia, wak, doyok

Promosi Air Asia Go – Korean Sale ni sangat murah. Betullll…Kalau tak percaya cubalah tengok..Dengan harga yang berpatutan, Air Asia Go ni, iaitu berserta tiket pergi dan balik, hotel dan juga tax. Jadi, Tempah lah sekarang untuk percutian korang. Baloi.memang berbaloi…

Continue Reading

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 2014

Hari ni aku menduduki Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27. Punya lah semangat nak menjawab exam ni. Mula-mual cuba buka kat rumah tapi kecewa sebab tak boleh nak masuk. So, aku pun pergi lah cyber cafe. Pergi dengan semangat nak menjawab tapi bila nak “log in” untuk jawab exam tak boleh. Geram betul rasanya…Bukan aku sorang jer..kawan aku pun sama tak boleh..Dia siap ambil cuti separuh hari untuk jawab exam ni. Hhhhhmmmm……

peperiksaan, penolong, penguasa, kastam, w27

komen, pengguna, spa, mengenai, exam, penguasa, kastam
Aku ni tak boleh nak jawab bahagia A dan B. Bahagian C boleh jawab. Dah jawab habis semua tapi sistem cakap aku jawab baru 186 soalan dari 200 soalan. Haishhh…ni yang pelik nie…Cuba godek-godek lagi tapi tak berjaya juga. Aku biarkan aja lah sampai masa tamat. 
Keputusannya tak tau lah macam mana. Semua ni bergantung kepada rezeki. Jika ada rezeki, ada lah. Aku rasa macam ni lah agaknya situasi orang lain…huhuhu
Penolong, Penguasa, Kastam, W27

Continue Reading

CPUV Mayfair Bodyline

Alhamdulillah…Ini kali kedua aku dapat CPUV oleh Mayfair Bodyline. Mayfair Bodyline ni merupakan pengeluar produk kurus dan juga kacantikan. Mayfair Bodyline telah beroperasi selama 29 tahun. Terdapat pelbagai promosi yang dilakukan oleh Mayfair. Jadi kalau nak kurus dan cantik, ini lah salah satu rangkaian untuk korang…

produk, kecantikan, dan, kurus, keluaran, mayfair, bodyline

Continue Reading
1 2 3 19