Pesakit Mental Mati Tergantung

gantung, diri, untuk, mati
Seorang
pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai
tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain. Tidak
lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor
yang merawat mereka.
Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik untuk awak. Satu berita baik dan satu lagi
berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali, tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir
sembuh daripada penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba
membunuh diri tadi. Berita buruk pula, pesakit yang awak selamatkan itu
didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan dia. Malang
sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya
dia kering dengan cepat…
Doktor: #@**_!!*&^_#
Continue Reading

Situasi Ditandas Pada Malam Tahun Baru

Hakim: Aunty, sekali masuk berapa?

Aunty jaga tandas: Besar ke kecik?

Hakim: Besar!!

Aunty jage tandas: 50 sen,tapi ada orang kat dalam tu…

Hakim: Tak apa la saya tunggu.

Aunty jage tandas: Tahun depan la jawabnya awak dapat masuk!

Hakim: Apasal pula aunty? Kenapa dengan orang kat dalam ni ? Dia buat apa? Dah
berapa lama? Kenapa aunty? Kenapa? Kenapa?

Aunty jage tandas: Apa lah yang awak merepek malam tahun baru ni ni? Cuba
tengok jam awak pukul berapa sekarang?


Hakim: Pukul 11.58 malam

Aunty jage tandas: Orag tu baru je masuk, dah tentu dia keluar pukul12 lebih. Kira
tahun depan ler tu….awak pun dapat masuk tahun depan la… wakakakakakak lu
kene beb!!!

Hakim: Ada yang makan taik ni kang, aku dah hujung-hujung da nih boleh pula
buat lawak.grrrrr….

Continue Reading

Kisah Professor & Pendayung Sampan

kisah, professor, dan, pendayung, sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian
tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang
begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar
tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang.
Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam
lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
“Hmm. Hari nak hujan.”
“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke
darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan
sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah
Professor itu menegur pendayung sampan.
“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya
Professor itu.
“Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung
sampan itu dengan ringkas.
“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi.
“Ya”.
“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari
mendayung sampan?” Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih
tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu
geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25
peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu
biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu
dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih
lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia
kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan
sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.
Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung
sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan
kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa
kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik
sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam
bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam
bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.

pendayung, sampan, dan, professor.

Continue Reading

Kisah Janda 18 Tahun

janda, isteri, hot,

Ada sorang
duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Amat nama duda ni. Amat ni dah 3
tahun menduda  setelah kematian
isterinya.
Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak
mencari pengganti arwah isterinya, ada juga yang akan menjaga dirinya nanti,
fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau
kekawannya ada calon yang sesuai.

Usin, kawan
karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana
dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon
yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun. Beria-ia benar Usin supaya Amat
menerima pilihannya.
“Nak ke dia kat aku yang dah tua ni , Sin ??” tanya Amat.

“Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 tahun, rupa pun hensem lagi
apa!” kata Usin membodek Amat. “Tapi… .kalau aku boleh jalankan,
boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..” kata
Usin lagi.

“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan.. tak payah pinjam” kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun
segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

“Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Usin
kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan
disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat
sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah
sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500
pemberian Amat.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti-nantikan oleh Amat, iaitu
untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik
pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak
digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat
mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan
namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la
Amat sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.

“Usinnnnnnnnnn! !!!!!” jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.
Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan
Amat. ” Kau tipu aku Sinnnn!!!” jerit Amat sambil mencekik leher
Usin.

“Tipu apa plak ” tanya Usin bingung.

“Kau kata 18 tahun!!!!” balas Amat.

“Laaa… bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun tapi dia dah menjanda
18tahun!!!”

“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!”
Continue Reading

Apabila Najwa Latiff dipanggil Guru Disiplin

lagu, terbaru, najwa, latif, kosong, kosong
Cikgu: Selamat berkenalan….
Najwa: Kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku….
Cikgu: Kejap lagi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau…
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh
uwouwouwo
Cikgu: Cikgu sakit hati dah ni.
Najwa: Hati ku rasa sesuatu
Cikgu: Sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa: Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: Atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? 
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Cikgu: Cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu…
Cikgu: Ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office
jumpa saya!!
Najwa: Bagaimana harus bersua…ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu: Memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni…
Najwa: Perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu: Saya dah agak hang ni bermasalah..
Najwa: Walaupun kita tak pernah berjumpaa….. ooohh
uwouwouwo
Cikgu: Otak saya dah sarat dengan macam-macam masalah.. Kamu ni
buat…
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda 
Pelajar lain menyampuk: Cikgu ni banyak tanya la…
Najwa: Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : Cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes Najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya 
cikgu: Tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta……
Cikgu : Konfius!!!
Najwa : Banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : Kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh
hang ni adoiii
Najwa : Kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : Masuk bilik saya nak jalankan operasi
merotan ni…
Najwa : Setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata
dan cuba apa saja…
Cikgu Disiplin : Kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : Cikgu, kau rasa kita nak report kat encik
latif ke..
Cikgu : Aku rasa…
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..
Cikgu : Cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… 
Cikgu Disiplin : Sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…
Cikgu Disiplin : Cikgu! Cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu…
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu….
najwa, latif, buat, lagu, baru
Continue Reading