Syaaban

Assalamualaikum…..
Dikala senja ini, tetiba pula aku teringat pasal tajuk khutbah Jumaat kat Masjid kampung aku tadi. Hari ini sudah 9 Syaaban 1433 Hijriah, cepat nya masa berlalu. Ini bermakna Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari lagi. Masihkah sempat kita menikmati Ramadhan untuk kali ini??
Tahukan anda apa itu Syaaban? Yaaban ertinya berpecah-pecah atau berpuak-puak. Ini kerana masyarakat Quraisyh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan kerana terpaksa mencari air di padang pasir. Dan apabila Rasulullah S.A.W datang, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah juga ada menyembut kelebihan-kelebihan di bulan Syaaban.
 ” Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?”
Para Sahabat menjawab, ” Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”
Sabda Rasulullah S.A.W, ” Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
– Di petik dari Kitab Raudatul Ulama-
Diantara amalan-amalan yang digalakkan dalam bulan ini ialah :-
# Memperbanyakkan puasa sunat.
# Memperbanyakkan doa, zikir dan juga selawat kepada Rasulullah.
# Bertaubat.  Dari Ummah Al Bahili r.a, dia berkata : rasulullah bersabda yang bermaksud, ” Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaikilah niatmu”
Alhamdulillah, setakat ini dulu sempat disampaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge