Suami Bunuh Isteri Kerana Cemburu

ALOR SETAR – Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki
berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang
baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung
Alor Gelegah di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor
Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah
kaki dan tangan selain kesan luka di dahi. Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang
0.89 meter di hadapan rumah tersebut.
Artikel Penuh: Kosmo
keratan, kosmo, pukul, isteri, sampai, mati.
Aku tak boleh komen lebih-lebih. Tapi sebagai seorang suami, kita perlu ingat lafaz yang kita lakukan semasa akad nikah. Ada 8 nasihat untuk para lelaki, yang menurut aku cukup bagus
juga buat aku dan semua lelaki yang bakal bergelar suami atau dah bergelar suami. Inilah 8 nasihat itu:
1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga
seorang ibu kepada anak-anakmu.
2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan istrimu, tapi jangan bertengkar
dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya).
3. Jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hati isteri mu tidak bahagia, maka
seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada tawa, manja,
perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan kau akan merasa seperti
di syurga.
4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan. Dengan
begitu, maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.
5. Dua orang yang tinggal satu bumbung (menikah) tidak perlu bergaduh, bertingkah,
siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan
teman hidup selamanya.
6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu
atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu
menemukan masa susah, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu.
7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana banyak lelaki yang ingin mempunyai
isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya.­ Mereka akan menawarkan
perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah
kerana kesedihan, sebab ia akan sulit sekali untuk kembali.
8. Ajarkan anak lelakimu bagaimana perlakuan terhadap ibunya, sehingga kelak
mereka tahu bagaimana memperlakukan isterinya.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge