SPRM LAKAR SEJARAH, MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN DIADAKAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Buat julung kali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai di kawasan luar bandar selaras dengan dasar Merakyatkan SPRM.
perbarisan, sprm, tamat, latihan
Majlis hari ini (26 Mac 2016) berlangsung di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang Kedah.Seramai 87 kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P41) dan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 19 1/2015 (Penolong Penguasa Gred P29) telah menamatkan latihan selama setahun yang bermula 1 April 2015.
dato sri shukri abdul, sprm,
Perasmian majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam amanatnya berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi meningkatkan kualiti pegawai SPRM selaras dengan kehendak masyarakat yang mahukan Malaysia bebas rasuah.
Kata beliau, bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan SPRM, pegawai kadet dilatih untuk mendekatkan diri dengan segenap lapisan masyarakat agar dapat merasai dan menjiwai denyut nadi, sekali gus memastikan usaha memerangi rasuah dapat dilaksanakan secara komprehensif.
“Negara hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang sangat dinamik. Justeru, pegawai-pegawai baharu ini perlu segera melengkapkan diri dengan kemahiran, pemikiran kreatif inovatif serta lebih positif agar kita kekal relevan serta berdaya saing,” kata beliau dalam ucapannya yang disampaikan oleh Dato’ Sri Mohd Shukri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah ketika ditemui wartawan berkata, acara yang diadakan di Pendang ini melibatkan dua program iaitu Program Keluarga Angkat Kursus Asas Pegawai SPRM dan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM.
“Semua aktiviti yang diatur merupakan serampang dua mata kerana ia memberi faedah dan kesan positif terhadap SPRM dan juga masyarakat,” jelas beliau.
perbarisan sprm 2016
Pada majlis hari ini, Kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P41), Muhamad Sabri Mohd Latif telah menggondol dua kategori iaitu Anugerah Ketua Pesuruhjaya yang merupakan anugerah Kadet Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalime) iaitu Anugerah Khas.
Anugerah Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia pula dianugerahkan kepada Ahmad Faisal Mohd Bejo manakala Anugerah Komandan Pusat Latihan Asas MACA diterina oleh Zahairy Moh Yunus.
Sementara itu, Anugerah Ketua Pesuruhjaya dan Anugerah Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Kadet Siri 19 (Penolong Penguasa Gred P29) diterima oleh Nasrul Fahmie Che Hussin.
Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) dianugerahkan kepada Asbi Munip manakala Anugerah Komandan Pusat Latihan Luar MACA pula diterima oleh Muhammad Hafizruddin Ab Ghani.
Turut hadir Pengarah MACA, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz; Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri SPRM serta wakil-wakil Pejabat Daerah Pendang serta Pejabat Pelajaran Pendang.
sprm, maca, latihan sprm
sumber : FB Sahabat SPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge