Sinopsis Telemovie Oren Dan Ceri

Hari ni aku dapat email dari pengarah telemovie Oren dan Ceri ni iaitu abang Saiful bahri Othman. Telemovie terbitan Times United Sdn Bhd ini akan ditayangkan di TV2 RTM pada 19 Ogos 2014 di Slot Ceria.
Sinopsis Telemovie Oren dan Ceri


Sepanjang bersama pelbagai kejadian berlaku sehingga mewujudkan perasaan yang sukar dimengertikan mereka berdua. Dalam diam Kim menafikan dia menyintai Meggi kerana dia masih berhubungan dengan Ceri. Begitu juga Meggi; dia tidak mahu mengaku mempunyai perasaan terhadap lelaki atau pun dikenali sebagai ‘minah jiwang’.

Akhirnya, usaha Kim dan Meggi sampai ke penghujung apabila mereka menemui Asmadi. Kim menyerah cincin yang sepatutnya dikembalikan oleh ibunya dua puluh satu tahun atau dua puluh dua tahun dahulu dan menganggap tugasnya sudah berakhir, sebaliknya Asmadi yang juga merupakan kawan Farhen, memberitahu hasratnya ingin menemui kawan yang berjaya memenangi hati ibu bapa Zarish.
