drama kalis kasih
drama, kalis, kasih, tv3, lakonan, ammar, baharin, gambit, syazwan, zulkifli
Drama Kalis Kasih dilakonkan oleh Mawar Rashid, Amar Baharin, Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifli,Nadia Aqilah, Ifa Raziah, Hasnul Rahmat. Drama Kalis Kasih merupakan terbitan Z K
Creative Production Sdn Bhd dan ditayangkan di Slot Samarinda TV3

SINOPSIS
KALIS KASIH

Kisah tentang
Amanda dan Dania yang merupakan sepupu yang sebaya tetapi karakter mereka
ketara berbeza. Amanda adalah anak bandar yang terpaksa tinggal dengan keluarga
Dania di kampung semenjak kematian orang tuanya. Apabila dewasa, Amanda telah
berkahwin dengan Khair.
Dania menjadi
pengasuh anak Amanda iaitu Iris. Amanda cemburu melihat Iris rapat dengan
Dania. Amanda terjatuh tangga sehingga kandungan keduanya keguguran dan
rahimnya terpaksa dibuang. Iris pula meninggal dunia akibat keracunan makanan
ketika Amanda runsing ibu mentuanya mendesak Khair kahwin lain.
Dania telah
cacat wajahnya akibat ditolak oleh Sandra yang mempunyai dendam lama pada
Amanda kerana gagal kahwin dengan Khair. Bard iaitu bekas tunangan Dania ikhlas
berkahwin dengan Dania walaupun wajahnya cacat. Dania dan Bard menghadiahkan
salah seorang anak kembar mereka kepada Amanda dan Dania.

Post Author: miss A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives



%d bloggers like this: