Senaman Untuk Kecilkan Peha

Jika anda menghadapi masalah peha besar, nak paki seluar sampai ke peha dah ketat, boleh lah cuba tips dibawah ni. Bukan sekali buat je boleh kecil peha tu, tapi kena berkali-kali. Jika ini yang anda impikan, cubalah tips dibawah.

1. Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.(seperti
dalam gambar)


2. Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan
badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang
duduk di atas kerusi.

3. Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum
anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa
saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat
bertahan lebih lama.

4. Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.

5. Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah
melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

6. Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula
mungkin susah, tetapi kalau sudah lama-lama, anda pasti berasa sudah biasa.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge