Saya Sudah Mati Sebelum Ajal

kisah, banduan, akhir, mati, sebelum, ajal
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan apabila aku dengar kisah ini. Ini adalah kisah seorang banduan wanita yang mana menyatakan dia sudah mati sebelum ajal sebaik sahaja dengar hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Sofia (bukan nama sebenar ) dijatuhi hukuman gantung apabila disabitkan kesalahan membunuh ahli keluarganya sendiri merasakan dia sudah mati sebelum tiba masanya. Apabila ditanya oleh pengacara Wanita Hari Ini TV3, dalam topik Mesej Dari Penjara, apakah penyesalan yang beliau rasakan sebaik sahaja tukul Yang Arif menyatakan hukuman gantung keatasnya. 
 “Waktu tu saya rasa saya sudah mati sebelum masanya. Rasa macam saya ni sudah tiada kat dunia ini,”ujar Sofia.
Walau berat, Sofia redha dengan hukuman yang dikenakan keatasnya.Selepas 2 tahun dijatuhkan hukuman, Sofia dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mengharapkan semua ini suatu mimpi, Sofia mengakui dia kena terima dengan hukuman ke atasnya.
Ikuti kisah penuh Sofia dalam rakaman dibawah. 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge