SAMBUTAN HARI WANITA DAN PELANCARAN G-WAR PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Khamis, 22 Mac 2018 – Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran Gerakan Wanita Anti Rasuah (G-WAR) telah diadakan di Dataran Pahlawan, Alor Setar, Kedah. Sambutan ini adalah anjuran bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah (JPW Negeri Kedah ), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dan juga Kerajaan Negeri Kedah.
Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran G-WAR ini mendapat sambutan lebih dar 1000 orang peserta. Acara yang berlangsung sepanjang sambutan ini ialah zumba. Semua peserta melakukan zumba beramai-ramai selama 4 jam.

Sambutan Hari Wanita dan pelancaran G-WAR ini dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Diraja Hizam, isteri Menteri Besar Negeri Kedah.

