Ramalan Kiamat Tersasar Bahagian 2

Ini adalah ramalan kiamat bahagian2 yang tersasar. Sebelum tu, dah baca belum ramalan kiamat bahagian 1 punya ? Kalau tak, pergi baca dulu, ok ? Berikut ramalan kiamat yang tersasar:-

Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabila ia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi. Setelah tak jadi-jadi lagi, beliau diam tanpa kata.
Kontakterov Ozersk dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat letupan supernova. Masa tu kan cerita dragon ball tengah famous? Mungkin dia ni pun kaki juga.

“imam mahdi” Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap, dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasan bahawa, “Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat”. Selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.

South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.

Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.

Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa pengikut kepada paderi itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut paderi itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.

Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya. Dan esok, kaum maya pula memalukan kepercayaan mereka sendiri. Di mana mereka nak letak muka mereka?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan
datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli
agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran.” [H.R Ahmad]

Baca juga :-
 Kiamat 21 Disember
Ramalan Kiamat Tersasar Bahagian 1

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge