Ramalan Kiamat Tersasar Bahagian 1

Adakah 21 Disember kiamat ? Itu adalah ramalam bagi kaum Maya.Berikut
adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut
tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah
termasuk masanya :

Charles – seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat berkata akan terjadinya
kiamat pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi. Paderi itu mengatakan bahawa
seluruh bumi akan terbakar.

Charles Laugheda – seorang doktor dari Amerika Syarikat meramalkan banjir dan
gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954 dan akan
menghancurkan seluruh pelusuk bumi.

Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam
1:45 petang disebabkan letupan bom bawah tanah milik Amerika Syarikat. Akibat
daripada ramalan itu, ramai yang menghasilkan perahu di gunung.

Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu
antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari. Selama 10 minit sahaja dunia akan
hancur.

Anders Jensen & beberapa org gareja dari Denmark meramalkan kiamat akan
terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu
mendorong ramai org membina tempat perlindungan di bawah tanah.

Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan
November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia
menyatakan, “Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari
penghakiman di dunia.”

Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha’i meramalkan pada 29 April
1980, dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina
tempat perlindungan di pergunungan Amerika Syarikat.

Marina Tsvigun mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia
akan kiamat pada 10 November 1993.

Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada 17
Disember 1996, disebabkan kemunculan makhluk asing dan para malaikat.

Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan berlakunya kiamat pada
tahun 1998.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge