Program Pray For Malaysia

program, pray, for, malaysia, sempena, merdeka
Program Pray For Malaysia akan diadakan pada 15 Ogos 2014 (Jumaat) jam 7.00 malam bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena kemerdekaan negara ke -57 
Ia antara lain bagi mendoakan kesejahteraan dan keamanan negara serta menghormati rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat MH 17 di Timur Ukraine pada 17 Julai yang lalu
Program akan dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah di Dataran Merdeka diikuti bacaan yasin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isya’ dan solat hajat yang akan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 
YAB Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri-menteri Kabinet akan turut hadir dan bersama-sama menunaikan solat Isya’ dan solat hajat.
Oleh itu semua yang hadir dipohon dapat membawa bersama sejadah bagi kegunaan pada malam tersebut dan digalakkan untuk hadir dalam keadaan berwudhuk atau membawa air bagi tujuan tersebut. Dipohon juga untuk membawa bersama surah Yasin.
Pada malam tersebut juga, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan akan memimpin bacaan Doa Untuk Malaysia bagi mendoakan kesejahteraan negara sempena kemerdekaan negara ke-57 dan dijauhkan negara kita dari bencana dan malapetaka.
Program tersebut kemudiannya diteruskan dengan selawat yang akan dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia. 
Semua muslimin muslimat dijemput hadir.
program, pray, for, malaysia, 2014

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge