PROGRAM ANAK ANGKAT DEKATKAN SPRM DAN MASYARAKAT

program anak angkat sprm,
Seramai 87 kadet Kursus Asas Pegawai SPRM menyertai Program Keluarga Angkat di Kampung Guar Kepayang, Pendang, yang dianjurkan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Program bertemakan “Rakyat Bersama SPRM” itu berlangsung selama empat hari bermula 21 Mac 2015 disertai oleh 86 kadet lelaki dan seorang perempuan iaitu mereka yang mengikuti Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P41) dan kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P29) kendalian MACA.
Program berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Ybhg. Dato’ Bakar Din pada 21 Mac 2015 manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Sri Mohd. Jamidan, di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, hari ini.
Turut terlibat dalam program ini ialah 44 keluarga di sekitar kawasan Guar Kepayang yang menerima dua orang kadet termasuk sembilan bukan Islam, bagi setiap keluarga.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut ialah ceramah integriti dan agama serta gotong-royong.
sprm bersama rakyat
Program anak angkat ini merupakan yang keenam dilaksanakan selepas kejayaan program yang sama di Baling, Kedah.
Dalam pada itu, semasa ucapan majlis penutup, Dato’ Sri Mohd. Jamidan berkata, aktiviti ini merupakan program ‘serampang dua mata’ iaitu memberi pendedahan kepada kadet-kadet terhadap nilai murni menerusi interaksi bersama masyarakat di samping meningkatkan kesedaran rakyat mengenai usaha pembanterasan rasuah.
Beliau berkata, selain itu, pendedahan mengenai kehidupan masyarakat kampung yang hidup serba kekurangan akan menjadikan kadet-kadet lebih rasional sekali gus memahami masalah rakyat apabila menjadi pegawai SPRM.
keluarga angkat sprm, program anak angkat sprm
Dato’ Sri Mohd Jamidan berkata, program seumpama ini merapatkan hubungan SPRM dan rakyat dalam usaha pencegahan rasuah dan berharap hubungan keluarga angkat pada kali ini akan diteruskan sampai bila-bila.
Turut hadir Pegawai Daerah Pendang, Zaid Ahmad; Pengarah MACA, Ybhg. Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, wakil Pejabat Pelajaran Pendang dan kira-kira 100 penduduk kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge