Piala Suzuki AFF : Malaysia Kecundang

Kecewa sangat-sangat apabila tengok perlawanan bola Malaysia menentang Thailand semalam. Perlawanan banyak dikuasai oleh pihak lawan dari segala aspek. Lagi menambahkan kekecewaan apabila tindakan pengadil perlawanan. Macam hampeh betul lah… Adoiiiii… 
Hajat untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya ke pentas final kecundang sama sekali. Thailand menenpah tiket ke final setelah menewaskan Malaysia 2-0 di Stadium Supachalasai semalam. Disebabkan berlakunya pertelingkahan kecil, pemain Malaysia, Fadhli Shas dilayangkan kad merah. Keadaan ini bertambah tegang akibat tindakan pengadil perlawanan semalam iaitu Lee Min Hu. 
tindakan, reff, lee, min, hu, kejam
Aku bangga dengan pemain Malaysia, mereka terus berjuang untuk menjaringkan gol walaupun baki masa perlawanan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi. Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya. Selamanya Harimau Malaya.

p/s : Macamna dengan budak yang nak bunuh bapa jika Malaysia kalah ni ? Janganlah dia bunuh bapa dia tu. Fikir sebelum bertindak.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge