Piala AFF Suzuki 2012 : Malaysia VS Indonesia

Esok adalah perlawanan yang mungkin menjadi perhatian kerana
Malaysia akan bertembung dengan Indonesia. Adakah peristiwa 2010 akan berulang
? Sama-samalah menanti perlawanannya esok Sabtu, 01 Disember 2012, jam
8:45malam.
Merujuk kepada laman facebook Harimau Malaya dan juga laman
facebook lain, menyatakan bahawa akhbar Indonesia memberitahu perlawanan
Malaysia vs Indonesia akan berlangsung di stadium berkecuali di Thailand.
Aikkk..tak kan lah sampai begitu sekali ? Kali ni Malaysia jadi tuan rumah, tak
kan nak lawan kat Thailand ? Nak takut apa ni ? 
Dalam perlawanan yang lepas pasukan Harimau Malaya rileks je
masuk stadium kat Indonesia walaupun penyokong Garuda buat sekatan dan
macam-macam lagi. Ada juga menyatakan Kerajaan Indonesia hantar surat buat
kerajaan Malaysia untuk menjaga keselamatan rakyat mereka di stadium masa
perlawanan Malaysia vs Indonesia sabtu ni. Jangan risaulah, kami tak akan
melenting kalau orang tak kacau, maki, caci dan hina Lagu Negaraku. Kami rakyat
biasa dan manusia biasa ada maruah untuk dipertahankan.
pasukan, bolasepak, harimau, malaya, malaysia

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge