Pesawat Air Algerie Dilaporkan Hilang

pesawat, air, algerie, AH5017

Lagi berita mengenai pesawat. Kali ini sebuah pesawat Penerbangan Air Algerie AH5017 dalam perjalanan dari Burkina Faso ke Algiers telah hilang dari radar semasa berada di ruang udara Mali. Pesawat Boeing 737-600, terputus hubungan 50 minit selepas berlepas.
Menurut sumber syarikat penerbangan itu, Perkhidmatan Kawalan Trafik udara telah terputus hubungan dengan pesawat AH5017 tersebut yang sedang dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas.
Maklumat tidak rasmi menyatakan terdapat 110 penumpang dan enam anak kapal di atas pesawat itu termasuk 50 orang warga Perancis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge