Persediaan Raya Aidilfitri

Assalamualaikum…

Raya datang lagi…yeayyy..Pejam celik, pejam celik, kejap jer dah sampai pertengahan Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja kot. Tak pe lah…cepat ke lambat ke sehari tetap ada 24 jam juga yer….
Hari ni dah 14 Ramadhan…persediaan raya dah buat ke belum nie? Kalau aku, memang tak buat lagi lah…Sibuk dengan urusan kerja je…Al-maklum lah budak baru kerja….hahahaha….Kalau ikutkan aku tak kerja lagi, masih dalam tempoh latihan industri atau praktikal ataupun on job training. Tapiiii..syukur Alhamdulillah, aku diambil kerja oleh syarikat ini selepas satu bulan praktikal. Maka, aku dah dapat gaji walaupun dalam tempoh praktikal nie.
Alhamdulillah juga sebab gaji pertama aku, aku banyak gunakan untuk persediaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Walaupun tak banyak, insyaAllah mencukupi. Mak aku juga pesan, gaji pertama ni kena sedekah atau buat kenduri. Alhamdulillah, walaupun buka buat kenduri tapi aku tetap menghulurkan sumbangan.
Raya..raya..raya…aku belum lagi buat persediaan raya untuk diri ku..Belum ada masa untuk membeli dan belah… Korang camne plak ? dah buat persediaan raya ke? baju raya berapa pasang ? kuih raya buat ke beli ?yang penting, jangan lupa bagi duit raya kat aku nie…hahahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge