Permohonan kemasukan ke IPTA / Politeknik / ILKA Sesi 2014 / 2015
mengemaskini semula permohonan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
Di bawah diberikan sedikit maklumat yang sering
ditanya oleh pemohon, harap dpt membantu anda. Semoga Berjaya!
Pembeliaan no. unik ID di BSN :
7 JANUARI 2014 HINGGA 20 APRIL 2014 (Jika calon
telah membeli no.unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli
semula di kaunter BSN)
Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf – Jun 2014
lepasan STPM/Setaraf – September 2014
Permohohan melalui : https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/
Kategori Permohonan :
LEPASAN STPM/SETARAF
———————————–
Kategori A – STPM 2013 aliran Sastera
Kategori S – STPM 2013 aliran Sains
Kategori P,N,U,L,K,J – Pelajar Matrikulasi KPM/
PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014
Kategori T – STAM tahun 2013 atau 2012 sahaja
Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
—————————————————
Kategori E – Aliran Sastera
Kategori F – Aliran Sains
• Lulusan STP/HSC/STPM tahun 2012 atau sebelumnya;
atau
• Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2012 atau
sebelumnya; atau
• Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya;
• Lulusan Diploma dari IPTA/ Politeknik/ DKM/ IPTS;
• Lulusan Sekolah Sukan Malaysia;
• Kelayakan A-Level, IBD, AUSMAT, UEC dan
sebagainya.
• Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA
LEPASAN SPM/Setaraf
——————————-
Kategori A – Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM
tahun 2013 sahaja.
Kategori B – Pemohon yang menggunakan keputusan SPM
tahun 2011 atau 2012.
Kategori C – Pemohon yang menggunakan keputusan SPM
tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D – Pemohon yang menggunakan keputusan;
SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM
2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
*Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja
yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
*Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus
ke IPTA.
**Untuk bantuan lanjut mengenai borang permohonan
boleh rujuk Manual Pengguna di bawah
Lepasan SPM/Setaraf :https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/panduan/Manual_Sistem_IPTA_SPM.pdf
Lepasan STPM/Setaraf :
https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/panduan/Manual_Sistem_IPTA_STPM.pdf
Post berguna untuk lepasan SPM 🙂