Perlukah Kita Boikot?

senarai, barang, yang, boikot, oleh, malaysia

“Boikot ? Perlu ke ?”
“Kalau kita boikot, kita juga yang susah. Cuba bayangkan orang yang bekerja dengan syarikat produk itu, apa akan jadi kepada mereka?”

Mungkin ini persoalan yang timbul apabila adanya boikot. Ok..Sebab apa kita tak boleh boikot ? Sebab kita ni tak cukup kuat ? Ekonomi kita bergantung pada hasil produk itu ? Hhhhmmm…tak kan lah kita tak boleh nak buat apa-apa ?

Cuba kita imbau kembalik kisah pada zaman Nabi Ibrahim A.S yang mana ketika nabi Ibrahim A.S dibakar oleh Raja Namrud dengan api yang besar. Kemudian datang seekor burung yang kecil menitiskan air dengan paruhnya yang kecil itu keatas api tadi. Burung kecil itu tetap berulang-alik mengambil air dengan paruhnya dan menitiskan air keatas api tadi walaupun perbuatannya itu ditertawakan oleh burung yang jauh lebih besar dari dia.

Burung besar tanya kepada burung kecil, “apa gunanya air yang kecil itu?”. Lalu burung kecil itu menjawab untuk memadam api yang sedang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim.

“ Api yang besar itu boleh ke dipadam dengan setitis air ?”,ejek burung besar.
Kemudian burung kecil menjawab, “Aku yakin Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku ini api berjaya dipadam, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku lakukan untuk emadamkan api itu..”

Setelah mendengar jawapan burung kecil itu, burung besar itu terdiam…

Berdasarkan cerita ini, aku nak beritahu jika kita menjadi seperti burung kecil itu, dalam usaha kita untuk memboikot produk Israel pasti lama-lama akan terkesan walaupun kita diibarat menyiram setitis air untuk memadam api yang besar.

Kesan daripada boikot ini, kita boleh naikkan produk tempatan kita.Kita boleh membantu negara kita sendiri menghasilkan produk yang setanding dengan produk Israel.

kempen, boikot, barang, israel, di, malaysia

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge