Pakej Celcom Untuk Kakitangan Kementerian Pendidikan

Kali ni aku nak perkenalkan pakej khas dari Celcom untuk kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pakej ni dilancarkan dah lama dan telah pun tamat tempoh. Namun, pihak Celcom membuka semula pakej ini kerana masih lagi ada permintaan dari warga pendidik. Pakej yang ditawarkan ini ada 2 pakej iaitu serendah RM12 dan RM50.

Ok…apa beza pakej RM12 dan RM50 ? Aku terangkan pakej RM12 dulu ye..
Dalam pakej RM12 ni, korang akan dapat panggilan suara PERCUMA selama 300 minit ke rangkaian Celcom sahaja. Pakej ini juga memberi korang 10 jam panggilan suara dan 300 sms PERCUMA ke dalam kumpulan Kementerian Pendidikan. Contohnya, jika En. Ahmad ambil pakej RM12 ni, dan EN. Ismail juga ambil pakej ni, maka mereka dapat berhubung sesama mereka selama 10 jam PERCUMA. Selain itu, dalam pakej ini juga kan diberikan 300 sms PERCUMA untuk ke rangkaian Celcom. Dalam pakej ini juga korang akan dapat 50mb data internet PERCUMA. Kadar caj panggilan dan sms adalah 12 sen per minit ke semua rangkaian. Apa yang korang patut tahu, pakej ini akan dikenakan kontrak selama 24 bulan. Jika korang nak tamatkan pakej ini lebih awal, maka korang akan dikenakan penalti sebanyak RM150.
Untuk pakej RM50 pula, korang akan diberikan sebanyak 633 minit masa panggilan PERCUMA iaitu sebanyak 333 minit untuk panggilan ke lain-lain rangkaian dan selebihnya iaitu 300 minit untuk ke rangkaian Celcom. Bagi korang yang nak ambil pakej ni, korang akan dapat 50 jam masa panggilan dan juga 300 sms ke dalam kumpulan Kementerian Pendidikan. Korang juga akan diberikan 500mb data internet PERCUMA untuk pakej ini. 500 mb ni korang boleh guna untuk kegunaan wechat, whatsapp dan lain-lain. Selain itu, korang akan dapat 5gb data internet PERCUMA tetapi hanya digunakan untuk dalam senarai laman web seperti SPP, Sistem Analisis Peperiksaan, Sistem Analisis Pelajar dan lagi dua aku tak ingat.
Kalau para guuru atau yang berkerja dalam sektor Kementerian Pendidikan Malaysia nak daftar, boleh lah ke Celcom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge