Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia

filem, surf, this, love, lakonan, shukri, yahaya
KELAINAN. Ini yang ingin disampaikan menerusi filem Surf This Love (STL). Filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur air. Pertama seumpamanya di Malaysia, penerbit filem ini nyata berani untuk mengetengahkan sesuatu yang lain daripada biasa.
Penerbitnya, Amie Zhu berkata, pihaknya ingin keluar daripada kepompong filem tempatan yang
banyak dihidangkan dengan genre dan cinta.
“STL adalah kisah mengenai kehidupan peluncur air. Walaupun tahu berdepan risiko dengan
mengetengahkan kisah sebegini, tetapi saya mahu masyarakat kita tahu, di negara kita juga ada tempat meluncur air terbaik seperti Pulau Tioman.
 “Ramai tidak tahu, setiap tahun diadakan pertandingan meluncur air di Pulau Tioman yang menjadi tumpuan peluncur dari luar negara,” katanya.
Amie berkata, dengan jalan cerita itu, sudah pasti pelakon utama perlu tahu kemahiran meluncur dan paling penting tahu berenang.
“Kerana itu, pemilihan dibuat dan kami ambil Shukri Yahaya untuk membawakan peranan utama.
“Shukri seorang pelakon yang baik apabila sengaja membiarkan rambutnya menggerbang panjang bagi menjiwai watak sebagai ‘surf boy’. Ini kerana kebanyakan imej mereka memang begitu dan saya amat menghargai usahanya itu.
senarai, pelakon, filem, surf, this, love

“Cabaran besar untuk mendapatkan pelakon yang boleh memberikan komitmen tinggi dalam sukan air seperti berenang. Sebelum ke lokasi penggambaran, Shukri dilatih meluncur terlebih dahulu supaya aksinya di atas papan luncur kelihatan semula jadi dan bersahaja seperti seorang juara,” katanya.

Dalam pada itu, Amie berkata, bagi menyiapkan naskhah tersebut, pelbagai perkara terjadi kepada team STL antaranya mengalami masalah logistik dan pengangkutan sewaktu di Pulau Tioman dan Bali.
“Trak pikap kami rosak di tengah jalan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Tioman. Ada juga berlaku pokok tumbang, pelakon jatuh ke dalam laut dan macam-macam lagi.
“Tidak hanya di Tioman, malah ketika di Bali, kami mengalami masalah komunikasi, nilai mata wang kita yang masih rendah serta makanan. Tetapi, saya gembira dengan komitmen yang diberikan semua kru dan juga pelakon dan hasil penggambaran sangat memuaskan,” katanya.
Menampilkan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain sebagai pengarah, Amie begitu berpuas hati dengan
hasil kerjanya.
sumber : sinar harian
Continue Reading

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu

lafazkan - kalimah - cintamu - farid kamil
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Lafazkan kalimah Cintamu ini bakal ditayangkan di saluran ASTRO lakonan Farid kamil, Neldia Sensrose.
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

 

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

drama, lafazkan, kalimah, cintamu, astro, ria,
Lafazkan Kalimah Cintamu

 

Continue Reading

Aman Central Antara Kompleks Membeli-belah Terbaik Di Dunia

Kompleks Aman Central memulakan operasi pada 1 Oktober 2015 dengan purata 1.2 juta pengunjung setiap bulan.

Ahmad Bashah dalam ucapannya mengakui, pembinaan Aman Central merupakan mercu tanda baharu yang boleh memakmurkan status bandaraya Alor Setar.
“Titik sentuhan Kumpulan Belleview melakar kejayaan baru Alor Setar dengan penjenamaan sebagai sebuah negeri yang mempunyai kompleks membeli-belah setanding Kuala Lumpur.
“Portal CNN juga melabelkan Aman Central antara 12 bandar raya membeli-belah terbaik di dunia,” katanya.
Menurutnya, Aman Central berjaya merangkul anugerah ‘Highly Commended Asia Pacific Property Awar for the Retail Development Malaysia Category in the International Property Awards 2015/2016’ yang mengiktiraf antara pusat membeli-belah yang terunggul di rantau Asia Pasifik.
“Kedah berpotensi besar untuk menjadi lokasi pelancongan paling popular di rantau ini selain mempunyai keunikan tersendiri yang boleh kita banggakan,” katanya.

Kompleks yang berkeluasan 800,000 kaki persegi itu dibina atas tapak pembinaan Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu.
Sebelum ini, pembinaan Aman Central terpaksa mendepani beberapa cabaran termasuk kemelut berpanjangan merobohkan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun untuk memberi laluan kepada projek itu.
Continue Reading

Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita

drama, adaptasi, novel, tiada arah jodoh kita, slot akasia tv3

Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson.

Shukry yahaya, apreana rose, erwin dawson, hafez mikhail , pelakon TAJK tv3
Continue Reading

KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA

KSBP, kerna syurga bukan percuma, astro oasis, lakonan, fikry ibrahim, elfira loy

SINOPSIS
KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA 
Lakonan
Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fendy Bakry, Fadzil Zahari, Syatilla Melvin, Dania
Azmi, Liza Rafar, Haeriyanto Hassan, Zul Helmy
Mengisahkan Khairul
Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun
hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu
ditempuhinya.
Perjalanan taubatnya
dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang
ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka
menjadi semakin akrab. 
Abang Surau mempunyai
peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan
hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan
semangatnya mencari redha Allah.
Continue Reading