Keputusan Pilihanraya

Assalamualaikum….

Setelah berminggu-minggu jelajah dijalankan akhirnya Pilihanraya telah selamat dijalankan. Tarikh keramat 8 April 2012 telah mengumumkan pemenang-pemenang yang telah dipilih sendiri oleh pengundi-pengundi. Pilihanraya ini adalah pilihanraya untuk artis-artis di Malaysia ye.HIHIHI….

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 telah dilangsungkan dengan meriahnya di Arena of Star, Genting Highland.Berikut adalah senarai pemenang untk kali ini :

Senarai pemenang ABPBH2011

1. BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ

2. ANUGERAH SERI PERAK: DATUK SITI NURHALIZA
3. ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK SHEILA MAJID
4. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ 
5. PELAKON FILEM WANITA POPULAR: MAYA KARIN
6. PELAKON TV LELAKI POPULAR: FIZZ FAIRUZ
7. PELAKON TV WANITA POPULAR: FASHA SANDHA
8. PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ
9. PENYANYI WANITA POPULAR: YUNA
10. PENYANYI BERKUMPULAN/DUO POPULAR: JACLYN VICTOR/SHILA AMZAH/NING BAIZURA
11. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JOHAN
12. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: DIDIE ALIAS
13. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: FAIZAL ISMAL
14. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA
15. PENGACARA TV LELAKI POPULAR: ZIZAN
16. PENGACARA TV WANITA POPULAR: FARA FAUZANA
17. ARTIS BARU LELAKI POPULAR: JOHAN ARIFF AS’ARI
18. ARTIS BARU WANITA POPULAR: TASHA SHILA 

Continue Reading

Tahniah Hero Ombak Rindu

aaron_aziz

Assalamualaikum..

        Korang ada tengok ABPBH yang ke 25 semalam?? Mestilah tengok kan??? Best tak??Persembahan yang memukau semua orang aku rasa persembahan dari Ziana Zain dengan Azlan Typewiter.Memang heba semalam,gabungan 2 suara tu.

       Kembali pada tajuk aku, aku sebenarnya nak ucap Tahniah kepada Hero Ombak Rindu dan KL Gangster sebab telah memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 25 dengan jumlah undian 87,669 undian. Walaupun kemenangan Aaron Aziz menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak,nak wat macam mana kan?? Hati orang mana lah kita boleh penuhi. Kemenangan Abang Long pun adalah peminat yang pilih.Tak kisahlah dari mana Aaron Aziz datang, tapi dia sudah memeriahkan Industri Perfileman kita.

kata Aaron Aziz dalam twitter nya ” Terima Kasih Semua!! Tak kisah lah kalau ada yg tak puas hati dgn pilihan peminat yg penting @HishammuddinH2O yg COOL ucap tahniah kat saya!” .


Sebagai pemenang, Aaron pulang dengan penuh bergaya apabila hadiah yang ditawarkan berupa Nissan Teana 250 XV V6 bernilai RM175,000 dan kalung mewah Rafflesia Mandalay bernilai RM250,000.

Tahniah again….

Continue Reading

Temuduga Terbuka!!!

Assalamualaikum..

Ada tak baca entry aku saya sebelum ni??? Adalam entry tu saya ada nak beritahu pasal iklan Jawatan kosong tu kan?? Nak apply tak?? Jom tengok…

TEMUDUGA TERBUKA

KEKOSONGAN JAWATAN
1. Ahli Syurga dari awal.
2. Ahli Neraka dari awal.
3. Ahli Neraka sementara dan akan dilantik jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (untuk jawatan 1)

– Nikmat Kubur
– Perlindungan di Padang Masyar.
– Keselamatan meniti Titian Sirat.
– Syurga yang kekal abadi.

Tarikh Temuduga


– Bila-bila masa saja

Lokasi

– di dalam Kubur (Alam Barzakh)

KELAYAKAN

– tiada kelayakan diperlukan.

Panel temuduga
Mungkar dan Nakir

Soalan bocor setakat ini.
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Dimana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

Continue Reading

Bila Kelas Mula Lewat

Assalamualaikum..

        Hari Jumaat Hari tu aku sepatutnya ada kelas pada jam 8.00 pagi tapi dilewatkan selama 1 jam. So, kelas mula pukul 9.00 pagi lah.Tapi aku tetap sampai pukul 8 pagi juga. Bukan nya apa,sebab nanti takut bas tak ada pula. Dah jadi adat kan, kelas mula lewat kita bangun tidur pun lewat lah.Kali ini ramai budak-budak kelas datang lambat. Ada yang tak datang langsung, sibuk dengan aktiviti masing-masing. Pensyarah pun bengang juga lah sebab tak ramai yang datanglagi walau dah pukul 9 lebih. disebabkan itu, dia minta seorang pelajar untuk kunci pintu dewan. Budak itu pun bingkas bangun dan gerak ke pintu. Tengah dia nak kunci pintu, datang satu kumpulan pelajar perempuan masuk dan pensyarah nampak. Apa lagi, pensyarah tu pun berkata, ” Dah..dah…kamu pergi balik.”Kan dah kena halau. Kata pensyarah tu ” Kelas mula pukul 8 pagi pun lewat,mula pukul 9 pun lewat. Ingatkan mula lewat boleh datang awal tapi tak.”

       Disebabkan itu, petang tu terpaksa buat kelas ganti. So, kenalah datang kan.Kelas mula pukul 3 petang. Smentara nak tungu pukul 3 petang, aku dang kawa-kawan pergi makan dulu kat kantin dan lepas makan pergi lepak kat kelas kosong. Masa dok lepak dan rehatkan diri aku terpandang kat papan info dalam kelas tu pasal kerja kosong.Menarik minat aku untuk baca iklan itu.Nak tau kerja apa???Korang nak mohon tak??

Continue Reading

Merantau Lagi

Assalamualaikum…

       Hari ini aku akan merantau lagi. Macam biasa lah naik Keretapi (KTMB). Jimat sikit dan murah lah dari bas,walaupun ambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai destinasi.Yang best nya aku naik keretapi ni, aku boleh tengok pelbagai gelagat orang.Petang ni jadual keretapi aku pukul 7.47 petang. Selalunya keretapi ni lambat sampai. Kekadang lambat 5 minit, kalo da masalah lagi lah lambat.

     Nak tidur pula macammana??? hhhmmm…aku paksa diri aku untuk tidur lah sebab nya ari Jumaat aku ada kelas pagi. Jadi lah kan dapat tidur sekejap dari tak tidur langsung. Nanti kat kelas mengantuk pula. Sesapa yang pernah naik keretapi tau lah situasi dalam keretapi macam mana…Apa-apa pun, setiap perjalanan memberi satu pengalaman.

nilah keretapi nya.
ini tempat duduk yang selalu aku ambil.

p/s: barang tak siap lagi ni..huhuhu….

Continue Reading