Minuman Bergas / Minuman Berkarbonat

Minuman bergas atau minuman berkarbonat sangat berasid. Bagaimana
terjadinya minuman bergas ni boleh tengok-tengok kat Wikipedia. Kebiasaannya
minuman bergas tinggi phosphorus. Kombinasi asid phosphorik dan karbon
dioksida menjadikan air gas sangat berasid. Bolehkah minum air gas apabila
perut kosong ? Apabila perut kosong, apa yang tinggal adalah perut berasid. Apabila
asid dicampur asid menjadikan keadaan di perut bertambah asidik. Asid
phosphorik bertindak balas dengan asid hidroklorik di perut menimbulkan masalah
gas dan kekembungan. Cubalah makan sedikit sebelum minum minuman bergas. Jika
tidak, dapat antacid atau ubat anti-gas. Antacid membantu
meneutralkan asid dalam perut.
minuman, gas, dan, berkarbonat
Mengambil terlalu banyak minuman bergas meningkat keadaan
asidik di perut yang mana seterusnya boleh jadi penyebab kanser esophagus. Asid
terlalu tinggi juga boleh menyebabkan hakisan. Terlalu banyak air berkabonat
juga boleh menyebabkan mutasi sel. Minuman bergas
juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas
yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.
Setiap keburukan pasti akan ada kebaikan juga kan ?  Sebelum ini dipercayai bahawa minuman bergas
menyebabkan ulser perut tetapi menurut satu kajian yang dipamerkan dalam ‘European
Journal of Gastroenterology and Hepatology
‘, minuman bergas tidak
menyebabkan masalah ulser tetapi membantu melegakannya. Ia juga membantu dalam
masalah sembelit. Kajian menunjukkan minuman berkabonat mengosongkan pundi
hempedu dengan lebih cepat sekaligus mengurangkan gejala-gejala penyakit pundi
hempedu. Kajian ini tidak dijalankan secara menyeluruh. Kajian juga menunjukkan
ada orang tidak mendapat manfaat daripada minuman berkabonat itu.
Kalau air minuman isotonik seperti 100 plus pula macamana? Ok…  Mengikut saudara Zaki Khan, Air isotonik biasanya rendah asid. Ia boleh diambil dengan perut kosong dan boleh
dijadikan sebagai pengganti garam bagi mereka yang hilang selera makan untuk 1
jangka masa yang lama ataupun mereka yang perut kosong.
Minuman isotonik mengandungi garam. Badan kita menyingkirkan
garam melalui sistem perkumuhan apabila bersenam. Minuman isotonik membantu
mengantikan garam yang hilang dan juga glikogen yang telah dibakar. Akan tetapi
perlu diingatkan, gula tetap gula. Jika berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak
jika tiada lagi ruang simpanan untuknya.
p/s: Terima kasih kepada saudara Zaki Khan diatas perkongsian ini.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge