Minggu akhir di tempat kerja

Minggu ni adalah minggu terakhir aku di tempat kerja nie. Tak sangka kan aku akan berhenti ? Mungkin setakat ini sahaja kerja aku. Allah lebih mengetahui apa yang berlaku. Minggu lepas aku dah beritahu bos aku yang aku nak berhenti tapi dia biasa je. Tak ada terkejut apa pun. Siap senyum-senyum dan tanya bila nak berhenti. pelik aku dengan dia ni. Mungkin betullah apa yang dikatakan bekas pekerja dia dulu.

Semalam dia ada hubungi aku. Macam biasalah tanya pasal perkembangan perniagaan dan beritahu perancangan dia. Lepas tu dia kata kat aku, ” Wan nak berhenti tak kisah sebab dah ada orang nak kerja”.
Cepatnya dia cari pekerja baru… Walaweiii…Kalau dia beritahu kat aku awal-awal, hujung bulan hari tu aku dah berhenti. Tak apalah, aku tak kisah….

Minggu ni aku kerja macam biasa lah.. Buat apa yang patut aku buat. Mungkin minggu depan aku tak berkerja lagi. huhuhu…Menjadi penganggur terhormat lah pula….

letter, quit, from, work

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge