Mati selepas tiupan wisel penamat AFF

Betullah lah, ajal maut kita tidak kira masa. Tidak disangka arwah meninggal dunia setelah tiupan wisel penamat perlawanan  Malaysia menentang Indonesia. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Alfatihah.
Beikut berita dari myMetro :

” ALOR SETAR: “Sejak beberapa hari lalu, arwah menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap, tetapi beliau beritahu tidak sabar untuk menonton perlawanan bola sepak penentuan separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia menentang Indonesia, malam tadi (kelmarin).
“Tak sangka pula itu perlawanan bola sepak terakhir yang arwah tonton sebelum dia disahkan meninggal dunia,” kata Mohd Sobri Ahmad, 30-an rakan Jasuky Jahury Jaafar, 36, yang meninggal dunia sejurus menonton perlawanan itu jam 11 malam.

Difahamkan, arwah meninggal dunia selepas pengadil meniup wisel tamat 90 minit masa perlawanan antara dua negara itu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Perlawanan itu memihak kepada Malaysia apabila menewaskan pasukan Indonesia 2-0 dalam perlawanan itu menyebabkan Jasuky sangat gembira dengan kemenangan itu sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Mohd Sobri berkata, beliau tidak pasti sama ada arwah mengambil cuti kelmarin hanya untuk menonton bola sepak itu atau sebaliknya kerana sebelum ini arwah mengadu mengalami masalah kesihatan.”

harian,metro

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge